Sebelum ini ramai yang menuding jari pada Mahathir sebagai tokoh yang secara tersembunyi merupakan ‘tangan ghaib’ dalam pelbagai isu yang dikaitkan dengan konspirasi menjatuhkan DS Najib sehingga kepada campur tangan politik dalam badan kehakiman negara serta perlindungan terhadap kroni-kroninya.
VIDEO – SANUSI DIBERI ULTIMATUM 48 JAM SEBELUM DISAMAN FITNAH
Isham menegaskan, mengikut undang-undang, penggunaan perkataan “mungkin” tidak melepaskannya daripada kesalahan memfitnah kerana insinuasi, innuendo dan kiasan juga boleh membawa elemen fitnah dalam undang-undang tort (salah laku) mahupun jenayah.
VIDEO – AHMAD SAMSURI DICABAR ANGKAT SUMPAH LAKNAT
Dengan itulah Ketua Penerangan UMNO Selangor, Isham Jalil mencabar agar MB Terengganu, juga merangkap Naib Presiden PAS, Ahmad Samsuri Mokhtar melakukan sumpah laknat untuk menyangkal apa yang Samsuri terjemahkan sebagai ‘sampah’ iaitu merujuk kepada laporan dan ‘minit mesyuarat Political Engagement PAS Pusat’ yang tular beberapa hari lalu dalam media sosial dan media arus perdana.
VIDEO – RAFIZI ADALAH BALACI KOMPLOT JUAL ASET SAPURA – ISHAM JALIL
Nampaknya Rafizi kini cuba membawa peranan sebagai balaci atau keldai bagi kroni-kroni PH-DAP dan juga Muhyiddin supaya mereka boleh mengaut keuntungan melalui pembelian aset Sapura yang akan dilelong dengan nilai yang rendah. Rafizi sengaja menutup mata bahawa golongan yang akan merasa sengsara nanti adalah 10.6 juta pendeposit ASB dengan nilai pelaburan RM4 bilion. Manakala sekiranya Sapura diisytiharkan muflis maka hampir 10,000 pekerjaan rakyat akan hilang dan sekitar 4,500 pembekal atau vendor akan terjejas yang kebanyakannya merupakan syarikat bumiputera.
PEMUDA AMANAH CUBA MENANGGUK DI AIR KERUH MAHU BELIKAN WATER JET RM1000 SEUNIT
Utusan melaporkan 3 hari lalu, jumlah keluarga yang menjadi mangsa banjir adalah 24,000 yang secara puratanya 70,000 mangsa banjir di selangor dan Pahang, belum lagi melibatkan negeri Kelantan. Katakanlah sekiranya diserahkan kepada Pemuda Amanah maka mereka akan menjarah RM24 juta untuk membeli 24,000 unit water jet kualiti tinggi sebagaimana ditunjukkan dalam iklan Alibaba, sedangkan harga permulaan ialah RM566 sahaja, dan belum lagi harga tawaran sekiranya dibeli secara pukal. Katakan harganya hanyalah RM500, maka Pemuda Amanah akan mencekik RM12 juta.