PH TIDAK MAHU GUNA LOGO LAMA YANG PENUH DENGAN ‘SIAL’  

Editorial

27 Ogos 2022

Semasa mereka berkuasa lagi, dalam 7 siri PRK, PH telah kalah kepada UMNO.

Kemudiannya setelah Tun Mahathir meletakkan jawatan dengan pelbagai alasan, yang sekaligus menjatuhkan kerajaan pentadbiran PH, berlaku lagi kekalahan PH berturut-turut di PRN Melaka, PRN Johor dan PRN Sarawak, manakala UMNO pula ‘menang teruk’ di PRN Melaka dan PRN Johor.

PH tidak mahu menerima hakikat bahawa pentadbiran mereka di bawah pimpinan Mahathir setelah memenangi PRU14 adalah penuh dengan kebobrokan, rakus, lintang-pukang dan porak-peranda.

Untuk menyelamatkan dirinya, Mahathir sanggup mengaku bahawa dia adalah ‘PM Boneka’, bukan kerana usia tua bangkanya yang hanya akan membawa rakyat ke kubur, sebagaimana kata MO Ibrahim di satu Forum di Kigali Rwanda yang turut dihadiri Mahathir.

Bukan itu sahaja, Mahathir juga gagal menyerahkan kuasa kepada DS Anwar Ibrahim yang lebih muda dan bertenaga berbanding dirinya yang menjangkau usia 100 tahun.

Hari ini Anwar, PKR dan semua komponen PH cuba mencari alasan bahawa logo PH yang membawa kekalahan berturut-turut, meskipun di kawasan bukan Melayu seperti ‘Tanjung Piai’ Johor, adalah kerana logo itu mengendong bersamanya imej Mahathir.

Setelah mengkaji kekalahan PKR di PRN Melaka, Anwar terpaksa membuat keputusan untuk lari ke Parlimen Tambun, Perak pada PRU15 nanti, kerana bimbang jembalang yang menyeramkan di Melaja itu merasuk pengundi di Port Dickson pula.

Mungkin juga PH merasakan dalam logo tersebut terdapat ‘sial’ Mahathir, dan bukannya kesialan pentadbiran PH, janji palsu, fitnah dan pembohongan terhadap Tabung Haji sehingga ada yang kehilangan giliran mereka untuk menunaikan rukun Islam Kelima itu.

Sebagaimana dipetik dalam portal media FMT, Anwar berkata bahawa lebih baik logo PH yang digunakan semasa PRU14 diubahsuai supaya dapat disisihkan cerita lama.

Tindakan memadam ‘cerita lama’, kerana pastinya cerita lama itu adalah suatu suatu kisah seram kepada rakyat.

Baguslah kalau Anwar sedar tentang kisah seram sepanjang 22 bulan PH memerintah dengan kerakusan pemimpin PH seperti Tony Pua, dan Nga Kor Ming yang ‘amat biadap dan kurang ajar’, serta Menteri Pertahanan ‘terbodoh dunia’ dalam konteks latar akademik dan teknikal ketenteraan.

Masakan tidak, jika tukang masak yang diangkat untuk mengetuai kementerian yang diberi tanggungjawab mempertahankan negara.

Kini baharu Anwar sedar atau hanya sebagai ‘denial syndrome’ bahawa yang memerintah itu (semasa PH berkuasa) tidak mewakili pandangan reform, jadi beberapa keputusan itu melanggar semangat reform yang dia nak bawa.

Ohh jadi menjual aset negara seperti aset Tabung Haji kepada kroni-kroni bukanlah reform rupanya, membiarkan ideologi komunisme untuk diserap masuk ke sekolah-sekolah, membela pengganas antarabangsa LTTE dan usaha meratifikasi ICERD dan Statut Rom juga bukanlah reform.

Lebih baiklah mengaku sahaja wahai Anwar bahawa, logo lama itu penuh dengan ‘sial’ yang amat menakutkan rakyat, kerana jembalang sial itu masih hidup dan terus bermaharajalela.

Rakyat kini bertambah takut dan seram kerana jembalang yang menyeramkan itu sudah mula menjelma dalam mahkamah dan badan kehakiman negara.

Hapuskanlah dahulu jembalang seram itu, mungkin itu sahaja yang akan dapat membuang ‘sial’ pada logo PH.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: