Editorial
24 Ogos 2022
Sememangnya amat jelas walaupun digerakkan secara halus, Dr Mahathir mula cuba menekan Istana Negara supaya tidak memberikan pengampunan kepada DS Najib, selari dengan laporan Edisi Siasat.
Mahathir yang kini ketandusan penyokong terhadap parti PETAI (Pejuang Tanah Air) sehingga membentuk Gerakan Tanah Air (GTA) akan cuba pelbagai cara untuk menolak sebarang ruang kepada DS Najib agar dapat kembali dalam sfera politik tanah air.
Dia lagi sekali dengan gahnya mahu rakyat mengangkatnya sebagai PM dalam usianya yang sudah menjangkau penghujung jalan.
Sebagaimana persoalan yang dibangkitkan oleh MO Ibrahim dalam satu forum ekonomi antarabangsa di Kigali Rwanda, yang turut dihadiri oleh Mahathir, “Ke manakah pemimpin tua sebegini mahu membawa rakyatnya? Ke kubur?”
Malahan kini hipokrasi Mahathir mula mengendeng PH kerana sambutan terhadap PETAI, mahupun GTA amat pudar dan muram.
Dia amat bimbang sekiranya DYMM Agong bertitah memperkenankan pengampunan terhadap DS Najib yang sememangnya mempunyai hubungan rapat dan sejarah keakraban dengan Istana Pahang.
Secara ‘reverse psychology’, sebagaimana dilaporkan Astro Awani dia telah membuat kenyataan bahawa ‘Najib tidak akan masuk penjara walau sehari pun’.

Namun dalam minda dan persepsi rakyat, Mahathirlah parasit utama yang merencana segala tuduhan terhadap Najib kerana sifat dendam dan dengkinya terhadap sesiapa sahaja yang mempunyai kebolehan dan kebijaksanaan yang mengatasi pemerintahan authoritariannya sepanjang 22 tahun 22 bulan, apatah lagi sekiranya menentang kehendaknya.
Rakyat melihat dialah di belakang ‘dakwaan terpilih’ malah dipersepsikan mengawal badan perundangan dan kehakiman negara.
Kini dia sedang mengatur untuk menjatuhkan pula DS Ahmad Zahid Hamidi dalam konspirasinya yang berpanjangan terhadap UMNO.
Dia telah memfailkan saman fitnah terhadap Zahid Hamidi kerana mengatakan bahawa dia adalah keturunan Kutty, Kerala India, sedangkan dia sendiri telah mengaku bahawa dia sememangnya berketurunan India.

Ironinya dia menghina mengeji dan mencerca DS Najib sebagai keturunan ‘Lanun Bugis’, sedangkan dia lupa bahawa Bugis adalah rumpun Melayu, sebaliknya Kutty Kerala India, bukan dari rumpun Melayu. Melihat hidung Indianya, semua sudah tahu dia bukan Melayu.
Sinar Harian pula melaporkan Mahathir dengan sinisnya telah berkata bahawa, DS Najib Tun Razak akan mendapat pengampunan penuh atas kesalahannya termasuk penyelewengan, pecah amanah dan salah guna kuasa.
Ujar beliau, ia membolehkan Ahli Parlimen Pekan itu bertanding dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang dan menjadi Perdana Menteri semula.
“Saya tidak fikir Najib menggemari idea untuk masuk penjara. Dia mahu diampunkan tanpa masuk penjara.
“Sudah tentu hanya Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang boleh memaafkannya.”
“Jika dapatan tidak sebulat suara, kemungkinan pengampunan akan diberikan. Ini adalah hasrat orang rasuah yang percaya bahawa kerajaan yang rasuah akan bertolak ansur dengan rasuah mereka,” ujarnya.

Hakikatnya Mahathir gagal melihat bagaimana pelantikan politik Peguam Negara PH Tommy Thomas, Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya, dan lantikan-lantikan hakim yang melibatkan campurtangannya sebagaimana didakwa oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad, telah merosakkan sistem perundangan dan kehakiman negara.
Tommy Thomas dalam memoirnya telah dengan terang-terangan mengaku bahawa dia adalah lantikan politik.

Bagaimanakah keadilan boleh ditegakkan sekiranya badan kehakiman telah dikawal oleh tangan ghaib yang memusuhi tertuduh.
Persoalan yang terbangkit pada minda rakyat ialah, bagaimanakah keadilan boleh ditegakkan apabila hakim sendiri mempunyai ‘konflik kepentingan’, baik Hakim Mahkamah Tinggi mahupun Ketua Hakim Negara?

Lantas premis yang boleh diangkat daripada laporan media itu semua, ialah cubaan Mahathir untuk menekan pihak istana secara halus, dan cuba menjadi hakim di luar mahkamah, untuk menghukum, sedangkan rakyat disimbah dengan persepsi ‘tangan ghaib’ yang mengawal badan kehakiman negara.
*****
Tinggalkan Jawapan