MENCARI KEADILAN YANG SUDAH ROSAK DI MAHKAMAH MALAYSIA

Editorial

12 Jun 2022

Permohonan DS Najib untuk membatalkan sabitannya dalam kes SRC International adalah suatu usaha untuk menuntut keadilan ke atas dirinya, daripada sistem kehakiman negara yang dipercayai sudah rosak.

Bekas Menteri Undang-Undang, Datok Zaid Ibrahim menggesa Mahkamah Persekutuan untuk ‘melihat dengan serius’ permohonan DS Najib Razak bagi membatalkan sabitan beliau dalam kes SRC International kerana hakim perbicaraan yang telah menjatuhi hukuman ke atasnya didakwa mempunyai konflik kepentingan.

“Sekiranya terdapat sedikit bukti, dan pihak berkuasa sepatutnya dapat mengesahkan ini dengan mudah, itu membuktikan terdapat konflik kepentingan di pihak hakim yang mensabitkan Najib, maka sabitan itu mesti dibatalkan,” Zaid Ibrahim memberitahu pihak media.

“Keadilan bukan sahaja mesti dilaksanakan tetapi dilihat untuk dilaksanakan,” kata Zaid.

Dakwaan terhadap DS Najib bukan hanya melibatkan dirinya sahaja tetapi sistem negara dan rakyat turut mendapat tempias kata Datok Zaid.

Arahan berunsur jenayah daripada pihak atasan terhadap pekerja bawahan tidak akan berlaku sekiranya pekerja tersebut mempunyai integriti dan kejujuran moral.

“Bagi saya, kes ini bukan sahaja dakwaan terhadap Najib Razak tetapi juga dakwaan terhadap sistem keadilan negara kita yang sudah rosak,” kata Zaid.

Zaid turut membangkitkan isu berkenaan ahli keluarga bekas Gabenor Negara, Zeti Akhtar Aziz yang dilaporkan menerima ratusan juta ringgit daripada ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low.

Situasi yang berlaku terhadap DS Najib belum cukup memperlihatkan keadilan sepenuhnya kerana masih ada pihak yang bersalah namun tidak dibawa ke muka pengadilan.

Seseorang yang menerima RM42 juta mendapat hukuman penjara selama 12 tahun tetapi mereka yang menerima ratusan juta tetap tidak disentuh.

Soalan perlu dibangkitkan tentang bagaimana Nazlan dijadikan hakim dalam kes SRC International, dan mengapa? Adakah dia merupakan sebahagian daripada konspirasi menjatuhkan Najib?

Nazlan adalah hakim perbicaraan yang mensabitkan Najib ketika kes SRC International dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

Semasa di Mahkamah Tinggi, hakim yang sepatutnya menghakimi kes SRC, iaitu Hakim Datok Sophian Abdul Razak telah sekonyong-konyong diganti dengan cara ‘unceremoniously’ dan tempatnya telah diambil alih oleh hakim Nazlan secara misteri.

Kemudiannya terdedah bahawa Nazlan adalah General Counsel MayBank yang terlibat dalam penubuhan SRC dan dilihat sebagai penggerak utama penubuhan SRC itu.

Kemudian Nazlan telah didakwa oleh Raja Petra Kamaruddin atas data dan maklumat sulit yang diterimanya, bahawa Nazlan telah menerima sogokan RM1.04 juta daripada Jho Low, yang secara misterinya tidak dapat dikesan dan bersembunyi di luar negara.

Najib telah memetik Nazlan atas dakwaan konflik kepentingan dan telah mengarahkan pasukan peguamnya untuk memohon mengemukakan bukti baharu dalam perbicaraannya.

Permohonan Najib dibuat susulan laporan bahawa SPRM telah membuka siasatan mengenai jumlah tidak dapat dijelaskan lebih RM1 juta dalam akaun bank Nazlan.

Peguambela Najib, TS Shafee Abdullah juga mendakwa Nazlan gagal mendedahkan peranan, penglibatan atau pengetahuannya dalam penubuhan SRC International apabila beliau berkhidmat sebagai Peguam Agung MayBank dan Setiausaha Syarikat bagi Kumpulan Maybank pada 2006.

Zaid berkata dakwaan mengenai Nazlan, Maybank Investment, SRC dan 1MDB, jika benar, akan menyebabkan beliau tidak sesuai untuk memutuskan kesalahan Najib dalam kes SRC International.

Zaid menambah, “Jika memang terbukti wujud konflik kepentingan, maka soalan perlu ditanya siapa yang meletakkan dia (Nazlan) di sana (untuk kes SRC International) dan mengapa?

“Orang ramai mempersoalkan mengapa Nazlan dipilih sebagai hakim untuk perbicaraan SRC sedangkan dia bukan hakim jenayah.

“Saya rasa Majlis Peguam, yang sebelum ini meminta hakim asal SRC, Sophian Abd Razak menarik diri kerana kemungkinan konflik kepentingan, juga harus bersuara mengenai isu ini.”

Empat hakim sebelum ini telah menarik diri dalam kes sebelum ini yang melibatkan DS Najib dan 1MDB serta SRC.

Pesuruhjaya kehakiman Quay Chew Soon, Liza Chan dan Adlin Abdul Majid menarik diri daripada saman sivil 1MDB terhadap Najib dengan alasan kemungkinan konflik kepentingan, manakala Mohd Arief Emran Arifin telah menarik diri daripada saman sivil SRC terhadap Najib.

Nampaknya DS Najib terkial-kial ‘merintih’ mencari keadilan di mahkamah Malaysia, yang kini digambarkan sebagai amat tercela oleh rakyat yang peka, prihatin, dan mendambakan keluhuran undang-undang.

****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: