MENCARI KEADILAN YANG SUDAH ROSAK DI MAHKAMAH MALAYSIA

Bekas Menteri Undang-Undang, Datok Zaid Ibrahim menggesa Mahkamah Persekutuan untuk ‘melihat dengan serius’ permohonan DS Najib Razak bagi membatalkan sabitan beliau dalam kes SRC International kerana hakim perbicaraan yang telah menjatuhi hukuman ke atasnya didakwa mempunyai konflik kepentingan.

HAKIM WENG KWAI MAHU SPRM DEDAH SEGERA HASIL SIASATAN TERHADAP NAZLAN

Setelah bekas Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad membidas pihak yang cuba melindungi siasatan ke atas Hakim Nazlan, kini bangkit pula bekas Hakim Mahkamah Rayuan, YAA Mah Weng Kwai meluahkan perasaan beliau terhadap pencabulan keluhuran dan integritI badan kehakiman yang cuba menyekat siasatan SPRM. Pandangan tokoh seperti YAA Mah Weng Kwai mempunyai kredibiliti, berwibawa, dan amat signifikan kerana beliau adalah bekas Hakim Mahkamah Rayuan dan juga bekas Presiden Majlis Peguam.

AMBIGA DAN BAR COUNCIL BUKAN MAHU LINDUNG NAZLAN, TAPI MAHU LINDUNG KONSPIRASI PH

Jika mereka boleh menangpun kerana pengaruh, namun yang sangat mereka takuti adalah sesi soal jawap dalam mahkamah. Sesi soal jawab boleh mendedahkan banyak perkara berkaitan konspirasi bahawa selain “fake manifesto’ Pakatan Harapan juga lahir kan ‘fake cases’. PH amat takut jika Nazlan diaseret kerana bakal terdedah kerja kerja Gopal Sri Ram dari hal perlantikan Nazlan sehingga penyiapan skrip kes terhadap Najib.

JIKA HAKIM KEBAL DARIPADA SEBARANG SIASATAN, MAKA KEADILAN AKAN MATI DAN KEZALIMAN AKAN BERKUASA

Jika hakim tidak boleh disiasat oleh pihak berkuasa apabila mereka dituduh melakukan jenayah atau terus diandaikan tuduhan ke atas mereka adalah tohmahan semata-mata, maka ‘Rule of Law’ tidak akan dapat ditegakkan dan akan berakhir.

Jika ini berlaku, maka apa yang John Locke kata dahulu akan menjadi kenyataan, iaitu, ‘Wherever law ends, tyranny begins’ (Apabila undang-undang berakhir, di situlah bermulanya kezaliman).