MENCARI KEADILAN YANG SUDAH ROSAK DI MAHKAMAH MALAYSIA

Bekas Menteri Undang-Undang, Datok Zaid Ibrahim menggesa Mahkamah Persekutuan untuk ‘melihat dengan serius’ permohonan DS Najib Razak bagi membatalkan sabitan beliau dalam kes SRC International kerana hakim perbicaraan yang telah menjatuhi hukuman ke atasnya didakwa mempunyai konflik kepentingan.

VIDEO – BALACI KONSPIRASI SUDAH PANIK, QC AKAN PANTAU UNDANG-UNDANG RIMBA LEGASI PH

Lantas, amatlah wajar DS Najib menggunakan khidmat QC United Kingdon untuk membela dirinya yang dilihat tidak mendapat pembelaan yang adil dan saksama, malah di sekeliling sistem perundangan negara seakan-akan dikawal oleh tangan ghaib, yang dipercayai berselindung di sebalik satu konspirasi politik. Justeru tidak hairanlah bahawa balaci dalam konspirasi menjatuhkan DS Najib kini sedang menggelabah dan diserang sawan dan tidak ketentuan hala. Sekiranya Mahkamah Persekutuan menolak pelantikan Jonathan Laidlaw, Peguam Diraja (QC) dari United Kingdom sebagai wakil DS Najib bagi membelanya daripada ‘Rule of the Jungle’, maka wajarlah rakyat melihat bahawa undang-undang Malaysia tiada lagi keluhuran dan kedaulatan!

KONSPIRASI DI SEBALIK PENARIKAN DIRI PEGUAMBELA PEMBUNUHAN ADIB

Warganet percaya dengan kuasa Peguam Negara yang dibela oleh PH dan kes-kes pilihan yang mengetepikan kes-kes kroni PH di mahkamah, terdapat konspirasi di sebalik penarikan diri peguam Syazlin Mansur yang mewakili keluarga Muhammad Adib Mohd. Kassim yang terbunuh atau dibunuh dalam kes kuil Mariamman Seafield tempoh hari. Bukti-bukti awal menunjukkan bahawa Allahyarham Adib dibunuh oleh... Continue Reading →

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: