Editorial
13 Jun 2022
Gopal Sri Ram, yang pernah didedahkan oleh bekas Peguam Negara, TS Apandi Ali sebagai balaci Mahathir yang mahu beliau menahan DS Najib tanpa alasan perundangan, tetapi atas kehendak peribadi Mahathir, kini dilaporkan oleh Raja Petra Kamaruddin sebagai antara orang penting pengamal undang-undang yang telah menerima wang daripada dana 1MDB.

Dari aspek ‘konflik kepentingan’ sememangnya Gopal juga tidak layak diangkat menjadi pendakwaraya dalam kes DS Najib, sama seperti Hakim Nazlan Ghazali.
Nampaknya keluhuran undang-undang negara sudah amat tercela dengan beberapa isu yang telah terdedah.
Manakala untuk mengelabukan persepsi rakyat tentang ‘buruknya’ kes 1MDB, yuran guaman yang dibayar kepada peguambela DS Najib, TS Shafee Abdullah juga telah dijadikan polemik, sedangkan sememangnya tiada garis panduan tentang nayaran khidmat peguam dalam undang-undang negara.
Elemen konspirasi ini adalah untuk mengelirukan rakyat bahawa Shafee juga telah menerima wang sogokan 1MDB.
Lantas Shafee juga diheret ke mahkamah oleh konco-konco konspirasi politik yang mahu melihat DS Najib disumbat ke penjara.
Anehnya Peguam Negara sedia ada, masih berdiam diri atau masih berlengah untuk mengambil tindakan terhadap siasatan yang sudah dilengkapkan oleh SPRM ke atas kes Nazlan yang didakwa menerima sogokan RM1.04 juta dari Jho Low semasa dia diangkat sebagai General Counsel MayBank.
Hakikatnya pendakwaan ke atas DS Najib adalah amat lemah, malah ia dilihat sebagai pendakwaan yang dilakukan mendahului siasatan.
Lemahnya pendakwaan sehingga hakim Mahkamah Tinggi yang menghakimi kes juga tergesa-gesa diganti dengan cara yang amat misteri, supaya hakim yang menjadi konco konspirasi mudah mengikut telunjuk konspirator.

Terkini, berkontradik dengan elemen konspirasi yang telah dirancang, Pendakwaraya dalam kes SRC dan 1MDB pula didedahkan sebagai penerima dana 1MDB.
Daripada sumber yang tidak didedahkan, Raja Petra Kamaruddin lagi sekali melaporkan melalui Malaysia Today bahawa selain Hakim Nazlan, Pendakwaraya juga menerima dana daripada 1MDB pada tahun 2013.
Sungguh memalukan dan inilah antara ‘national embarrassment’ yang telah menodai badan kehakiman negara, manakala bukti-bukti pihak pembela telah diketepikan begitu sahaja.

Nampaknya bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan nyiru kerana bau busuknya serta tulang-temulangnya terdedah juga akhirnya.
Siapakah dalang untama kepada semua konspirasi ini semua?
Sekiranya Gopal pernah diarahkan oleh Mahathir supaya memujuk Apandi Ali yang ketika itu adalah Peguam Negara, maka dunia dan penghuninya yang waras pasti tahu siapakah orangnya.
Sewajarnya sebagaimana yang pernah disarankan oleh beberapa pemerhati dan penganalisis politik, DS Najib hendaklah dibebaskan, kesnya ditutup atau dibicarakan semula dengan memberikan perhatian serius kepada integriti para hakim dan pendakwaraya yang mengendalikan kes.
*****
Tinggalkan Jawapan