Editorial
2 Okt 2021
Almarhum Muhamad Adib Mohd Kassim telah kembali ke Rahmatullah dan disahkan oleh Mahkamah Koroner sebagai kematian yang diakibatkan oleh serangan fizikal.
Dengan kata-kata lain Allahyarham telah kembali ke rahmatullah akibat dibunuh semasa berlaku rusuhan di Kuil Mariamman, Seafield Subang Jaya pada 27 November 2018.

Adib sudah pun dikebumikan, namun adakah keadilan terhadap Allahyarham dan ibu-bapa serta keluarga beliau juga dikuburkan bersama?

Beberapa hari lalu, Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin telah mengeluarkan kenyataan bahawa kes Muhamad Adib ditutup sementara, sehingga bukti baharu ditemui.

Kenyataan Zuraida amatlah kontroversi dan membangkitkan polemik kerana bagaimanakah bukti baharu akan ditemui sekiranya kes ditutup?
Kontradiknya, sebelum ini Menteri Dalam Negeri, DS Hamzah Zainudin memaklumkan 18 individu telah dituduh di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan perbicaraan dilaporkan tamat pada 23 September.
“Polis Diraja Malaysia juga telah merujuk kepada Jabatan Peguam Negara berkenaan 12 suspek yang turut ditahan berkaitan kes ini untuk arahan selanjutnya,” kata Hamzah.
Rakyat dan netizen amat marah apabila kes yang melibatkan kaum Melayu, kerap kali diabaikan, sedangkan kes aktivis pengganas LTTE, begitu mudah ditutup untuk melepaskan suspek.
Sebaliknya kes pelajar wanita yang sekadar menyimpan buku ISIS-Daesh telah dikenakan penjara 5 tahun.

Nampak sangat, terdapat undang-undang yang memilih bulu terutamanya semasa era PH-DAP berkuasa, setelah Peguam Negara Tommy Thomas dikatakan menjadi pengasas undang-undang rimba.
Bekas Peguam Negara itu pernah menyatakan bahawa “kecederaan Adib adalah diakibatkan pengunduran kenderaan yang dinaiki Adib. Adib dilihat cuba memasuki kenderaannya dan ketika itulah beliau dihimpit. Maka ia tidak disengajakan.”
Kenyataan tersebut adalah satu pembohongan seorang Peguam Negara yang fikirannya penuh dengan etnosentrisme, untuk menyelamatkan samseng di Kuil Hindu itu.
Lantas, kematian Adib Kassim tidak boleh dilupakan begitu sahaja, seperti tiada pembelaan sedangkan puluhan gambar dan video serta pengakuan Allahyarham sendiri bahawa dia telah diserang oleh manusia yang kami lihat sebagai tidak bertamadun, samseng dan rakus.

Dengan itu, Blog Cungkils.com turut bersama dengan Pembela untuk menggerakkan Petisyen ‘Jangan Kuburkan Kes Adib’ supaya ia dapat ‘membuka mata’ pihak berkuasa bahawa rakyat tidak akan berdiam diri selagi isu kematian Muhamad Adib tidak mendapat pembelaan.
Pautan Petisyen: https://www.change.org/p/kerajaan-malaysia-jangan-kuburkan-kes-kematian-adib
Sehingga tengah hari tadi, petisyen yang dilancarkan PEMBELA sebagai tanda solidariti rakyat negara ini terhadap Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim telah mengumpul 13,000 tandatangan.
Pastinya rakyat keseluruhannya berasa amat kecewa berhubung kes kematian Allahyarham Muhammad Adib yang ditutup dan hanya akan dibuka semula jika terdapat bukti baharu, seakan-akan pihak berkuasa cuba membebaskan pembunuh Adib.
UMNO juga telah melahirkan kekecewaan melalui Presidennya DS Dr Ahmad Zahid Hamidi terhadap perkembangan kes siasatan Allahyarham Adib Kassim yang dilihat tidak ada pengakhiran yang muktamad.
Pengerusi PEMBELA, Haji Aminuddin Yahaya memohon jasa baik orang ramai untuk membantu memperluaskan lagi sebaran petisyen ini sama ada melalui media sosial mahupun media arus perdana.
“Berdasarkan pengalaman lalu, jika sesebuah petisyen itu mendapat sambutan, media-media tempatan akan ‘pickup’ isu ini dan akhirnya menyebabkan pemegang kuasa tergerak kerana tertekan.
“Jika tidak, politikus-politikus tidak akan rasa tergugat dan merasakan isu ini sebagai isu picisan yang boleh diabaikan begitu sahaja,” katanya.
Sememangnya, kematian Muhamad Adib seperti cuba ditutup kerana ia melibatkan kepentingan kleptokrat tertentu, kerana tanah tempat kuil didirikan adalah tanah haram milik One Development Sdn Bhd iaitu syarikat pemaju yang menuntut kuil itu dipindahkan.
Malahan tanah baharu telah disediakan serta wang pampasan melebihi RM1 juta telah dibayar kepada pihak kuil.
Anehnya kuil itu tetap tidak berpindah, dan pembunuh Adib masih bebas.

Semasa Allahyarham di hospital beliau telah mengaku bahawa beliau dipukul , ketika ditanya oleh pihak pekerja hospital. Ini juga adalah sebahagian kenyataan penghakiman dalam inkues yang telah dijalankan.
Lantas bagaimanakah kes boleh ditutup?
Adakah masih tidak mencukupi bukti kes, setelah mendengar keterangan puluhan saksi kepada kes pembunuhan Adib, baik semasa kejadian, mahupun di hospital semasa mangsa masih hidup.
Jika keadilan tidak dapat ditegakkan untuk mangsa maka integriti dan kredibiliti PDRM akan dipersoalkan oleh rakyat.
*****
Tinggalkan Jawapan