Sebagaimana kenyataan Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar, “Kumpulan ini telah bertindak menghalang dan memecahkan mesin jentolak selain menyerang anggota polis yang bertugas di tempat kejadian.” Pihak polis mengesyorkan tuduhan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan (memiliki senjata semasa rusuhan), Seksyen 186 Kanun Keseksaan (menghalang tugas rasmi penjawat awam), dan Peraturan 17 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 (Pelanggaran prosedur operasi standard Covid-19). Asisten Komisioner Idzam juga telah memaklumkan semalam dalam perkembangan terkini, semua suspek yang dipercayai terlibat dalam rusuhan itu telah ditangkap.
SOKONG PETISYEN ‘JANGAN KUBURKAN KES ADIB’
Rakyat dan netizen amat marah apabila kes yang melibatkan kaum Melayu, kerap kali diabaikan, sedangkan kes LTTE begitu mudah ditutup untuk melepaskan suspek. Sebaliknya kes pelajar wanita yang sekadar menyimpan buku ISIS-Daesh telah dikenakan penjara 5 tahun. Nampak sangat, terdapat undang-undang yang memilih bulu terutamanya semasa era PH-DAP berkuasa, setelah Peguam Negara Tommy Thomas dikatakan menjadi pengasas undang-undang rimba. Kematian Adib Kassim tidak boleh dilupakan begitu sahaja, seperti tiada pembelaan sedangkan puluhan gambar dan video serta pengakuan Allahyarham sendiri bahawa dia telah diserang oleh manusia yang kami lihat sebagai tidak bertamadun, samseng dan rakus. Lantas, Blog Cungkils.com turut bersama dengan Pembela untuk menggerakkan Petisyen ‘Jangan Kuburkan Kes Adib’ supaya ia dapat ‘membuka mata’ pihak berkuasa bahawa rakyat tidak akan berdiam diri selagi isu kematian Muhamad Adib tidak mendapat pembelaan.
VIDEO-JANGAN BAWA BUDAYA SAMSENG PKR KE KAWASAN MELAYU LUAR BANDAR
Persepsi rakyat bahawa PKR sebagai mendokong budaya samseng, yang dikatakan lahir di jalanan, tanpa mengenal ketamadunan, apatah lagi dipimpin oleh seorang yang pernah disabitkan dengan rasuah dan sodomi, adalah jelas dan nyata. Lantas, Rafizi, tolonglah jangan dibawa budaya samseng itu ke kawasan pedalaman Melayu, kerana mereka mudah sangat terasuk dengan gejala amok, dan nanti lebih banyak jiwa yang terkorban. Jika pergaduhan, rusuhan, dan amokan menjadi ‘resmi’ PKR sebagaimana diperakui YB Fahmi, bagaimanakah rakyat boleh diyakinkan dengan keupayaan Anwar untuk memegang tampuk pemerintahan negara sebagai PM?