PENGHINA MAHKAMAH SYARIAH HARUS DIAJAR SECUKUPNYA

Bekas Pengerusi Kumpulan Naza SM Faisal SM Nasimuddin menuntut agar Mahkamah Syariah menambah hukuman penjara tujuh hari terhadap Maria Chin berhubung penghinaannya terhadap keputusan Mahkamah Syariah. Faisal berkata, rayuan Maria terhadap hukumannya tidak seharusnya dipertimbangkan kerana “dengan secara terang-terangan tidak menghormati” melalui apa yang ditunjukkannya kepada badan kehakiman syariah.

PEMBELA DAN TMJ MAHU RAKYAT BERPIJAK PADA BUMI NYATA ATAS KEMATIAN 8 REMAJA

Fikirlah berdasarkan fakta bukan mengikut arus media sosial sebagaimana teori babi-buta ‘join the band wagon’ tanpa mahu meneliti dan menyerahkan keputusan kes kepada mahkamah. Fikirkan bagaimana kereta pemandu boleh terbalik dengan keempat-empat tayar mengadap langit setelah melanggar mati 8 remaja? Adakah itu suatu pemanduan berhemah? Siapakah yang membela 8 remaja yang telah mati?

SEGERA BUAT LAPORAN POLIS/SPRM ATAS DAKWAAN MAHATHIR

Sebagaimana disiarkan oleh NST, Mahathir menuduh UMNO telah ‘mengamalkan pembelian undi pada pilihan raya negeri Johor’ yang telah berlangsung awal bulan ini. Memperincikan kenyataan Mahathir itu, dia berkata, “Pada pilihan raya negeri Johor, kami Pejuang tidak mempunyai wang tetapi parti lain memberi wang tunai untuk membeli undi. “Kami menghubungi pengundi untuk merayu sokongan tetapi mereka bertanya kepada kami berapa banyak yang boleh kami (PETAI) bayar kerana UMNO menawarkan mereka RM200 untuk mengundi mereka.

SOKONG PETISYEN ‘JANGAN KUBURKAN KES ADIB’

Rakyat dan netizen amat marah apabila kes yang melibatkan kaum Melayu, kerap kali diabaikan, sedangkan kes LTTE begitu mudah ditutup untuk melepaskan suspek. Sebaliknya kes pelajar wanita yang sekadar menyimpan buku ISIS-Daesh telah dikenakan penjara 5 tahun. Nampak sangat, terdapat undang-undang yang memilih bulu terutamanya semasa era PH-DAP berkuasa, setelah Peguam Negara Tommy Thomas dikatakan menjadi pengasas undang-undang rimba. Kematian Adib Kassim tidak boleh dilupakan begitu sahaja, seperti tiada pembelaan sedangkan puluhan gambar dan video serta pengakuan Allahyarham sendiri bahawa dia telah diserang oleh manusia yang kami lihat sebagai tidak bertamadun, samseng dan rakus. Lantas, Blog Cungkils.com turut bersama dengan Pembela untuk menggerakkan Petisyen ‘Jangan Kuburkan Kes Adib’ supaya ia dapat ‘membuka mata’ pihak berkuasa bahawa rakyat tidak akan berdiam diri selagi isu kematian Muhamad Adib tidak mendapat pembelaan.

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: