MUHYIDDIN PASTINYA TIDAK BERANI TEKAN BUTANG SEKIRANYA ISMAIL SABRI KEKALKAN ZURAIDA SEBAGAI MENTERI

Tapi pastinya Muhyiddin tidak berani bertindak, dia sedang kepanasan, kerjasama PPBM dengan PAS juga dilihat sebagai hambar dan tidak menjanjikan kemenangan pada PRU15, sebagaimana mereka kalah di PRN Melaka dan PRN Johor. DS Ismail Sabri harus berani menunjukkan taring beliau kepada Muhyiddin, kerana apa-apa juga pelantikan menteri adalah kuasa prerogatif PM dan atas perkenan DYMM SPB YDP Agong.

PM JANGAN JADI KELDAI DIN PAGOH YANG UGUT TUNTUT JAWATAN MENTERI ZURAIDA

Daripada realiti lanskap politik terkini, DS Ismail Sabri mahu jawatan itu dikekalkan kepada Zuraida supaya kesinambungan usaha beliau mentadbir dan menguruskan kementeriannya dapat diteruskan, meskipun setelah meninggalkan PPBM. Kuasa prerogatif berada di tangan PM dengan perkenan DYMM Agong. Tiada faedahnya membuang katak dan mengambil katak baharu sedangkan sememangnya sifat katak adalah melompat, sama ada mencari mangsa atau mencari kolam untuk kesinambungan hayatnya!

NETIZEN DAN RAKYAT JANGAN TERPEDAYA DENGAN KONSPIRASI KENAIKAN HARGA BARANG. SIASAT KONSPIRASI DIN PAGOH, SIAPA MENTERI MITI, MENTERI EKONOMI, MENTERI KEWANGAN, MENTERI KOMODITI, MENTERI MAFI, DAN SIAPA PENGERUSI MPN?

Rata-rata netizen mula terpengaruh dengan fitnah, pembohongan dan perangsaraf pihak musuh UMNO-BN. Apatah lagi apabila ‘Red Bean Army’ DAP sudah mula menggiatkan dakyah mereka dengan fitnah dan pembohongan, dan cuba menutup konspirasi konco-konco PH yang kini berada dalam kerajaan. Tidak kurang juga pemimpin DAP yang terkenal dengan mulut biadap mereka yang sudah menjadi budaya bangsa DAP, cuba mempengrauhi rakyat dan menuding jari kepada UMNO sebagai bertanggungjawab akan kenaikan harga barang harian, serta kemelut inflasi ketika ini.

ANWAR, FORENSIKLAH DAHULU HANTU DALAM PKR, SEBELUM SIBUK DENGAN RETORIK DAN KELINGTONG KAMU

Pemilihan PKR yang telah bermula pada 13 Mei sehingga 22 Mei ini sedang dicabul oleh pengundi hantu dalam kalangan penyokongnya sendiri. Isu dan polemik tentang pengundi hantu dalam PKR bukan perkara baharu tetapi telah pun meletup pada Pemilihan PKR 2018 lagi. Anwar juga sibuk dengan saranan ‘forensik’ ke atas Sapura, sedangkan isu utama ialah menyelamatkan Sapura daripada muflis sebelum Jun ini, dan soal forensik sebagaimana forensik jabatan Bomba, mahupun PDRM yang hanya wajar dan biasa dilakukan setelah mangsa terkorban atau tersungkur di hospital. Kosa kata ‘forensik’ telah menjadi kata kunci Anwar, dan kini menjadi klise dalam medsos sebagai sindiran kepada Anwar.

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: