JAGA TOKONG ATAU SAMSENG TOKONG

Editorial

2 Okt 2021

Sekumpulan 30 pemuda dan pemudi berbangsa Cina, bertindak melulu pada 28 Sep lalu, memecahkan mesin jentolak dan menyerang anggota polis yang bertugas di tempat kejadian dengan kayu dan besi bagaikan samseng jalanan sambil melompat seperti monyet kepanasan.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar, megesahkan semalam bahawa pihak polis telah menangkap semua mereka yang terlibat dalam rusuhan di hadapan tokong itu.

Pada hari kejadian, tanpa mahu berbincang mereka berprasangka bahawa pihak berkuasa mahu merobohkan sebahagian tokong itu.

Polis sendiri telah mengesahkan tidak ada perobohan mana-mana bahagian tokong berkenaan.

Nampaknya rasa hormat kepada pihak keselamatan telah cair dalam kalangan masyarakat sedemikian, yang mungkin telah dididik dengan kebencian terhadap kerajaan sedia ada dan disumbat pemikiran mereka dengan ideologi perkauman.

Pada 29 Sep empat suspek yang berlagak samseng itu telah ditahan reman, namun semalam 1 Okt, pihak polis Cheras telah menahan semua suspek yang dipercayai terlibat dalam rusuhan pada Selasa itu.

Asisten Komisioner Muhammad Idzam memperakui bahawa polis telah mengepung tokong berkenaan pada jam 1.30 pagi semalam untuk membuat tangkapan.

Sebagaimana gelagat budaya escapisme, apabila mereka sudah terperangkap dengan kesalahan undang-undang dengan mudahnya mereka akan memohon maaf.

Namun ketika kejadian, mereka bertindak seakan-akan mereka kebal daripada undang-undang.

Jika benar-benar berani dan samseng tulen, tidak perlulah mohon maaf, sengihkanlah taring jika benar-benar mahu menunjukkan kemahiran kungfu yang dimiliki boleh mengatasi undang-undang.

Tindakan golongan yang mengaku warganegara, tetapi berlagak seperti pendatang tanah besar China telah mendapat kritikan hebat daripada netizen yang melihat mereka bertindak seperti lakonan filem ‘kungfu cap ayam’.

Pada hakikatnya pihak Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kuala Lumpur menjalankan operasi untuk membina pagar penghadang bagi membina jalan untuk dijadikan laluan ke sekolah.

Sebagaimana kenyataan Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar, “Kumpulan ini telah bertindak menghalang dan memecahkan mesin jentolak selain menyerang anggota polis yang bertugas di tempat kejadian.”

Pihak polis mengesyorkan tuduhan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan (memiliki senjata semasa rusuhan), Seksyen 186 Kanun Keseksaan (menghalang tugas rasmi penjawat awam), dan Peraturan 17 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 (Pelanggaran prosedur operasi standard Covid-19).

Asisten Komisioner Idzam juga telah memaklumkan semalam dalam perkembangan terkini, semua suspek yang dipercayai terlibat dalam rusuhan itu telah ditangkap.

Pihak polis telah menahan seramai 12 lelaki dan 6 wanita Cina.

Kata Idzam lagi, “Susulan tangkapan ini, pihak polis telah berjaya menangkap kesemua suspek yang terlibat dalam kejadian rusuhan itu.”

Kekecohan pada hari Selasa lalu dipercayai berpunca daripada pertikaian tanah, melibatkan sebahagian dari kompleks tokong yang dikatakan menduduki tanah kerajaan yang telah diperuntukkan untuk sekolah menengah yang sedang dalam pembinaan.

Sampai bilakah isu tanah haram diambil begitu sahaja untuk mendirikan kuil dan tokong?

Adakah ini merupakan tektik mencuri tanah oleh pihak terbabit?

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: