LIM GUAN ENG TIDAK LAYAK BERDEBAT DENGAN DR WEE KA SIONG

Dr Mamat Desa

1 Okt 2021

Lim Guan Eng sudah ada rekod sebagai seorang penipu kerana mengaku dirinya sebagai akauntan bertauliah, tapi hakikatnya dia hanya layak diberikan jawatan ‘kerani akaun’ sahaja, malah pernah dibuang kerja.

Pendedahan pembohongan Guan Eng telah didedahkan oleh Presiden MCA Datuk Dr Wee Ka Siong tentang penipuan kelayakan Lim Guan Eng sebagai akauntan bertauliah disokong oleh data dan fakta yang tinggi kredibilitinya (sila rujuk Korek Bongkar Dedah).

Sebagaimana biasa melalui orang kuatnya, Tony Pua, dengan pantas telah mengeluarkan ugutan kepada sesiapa sahaja untuk diheret ke mahkamah kerana mempersoalkan taraf Guan Eng sebagai ‘qualified professional accountant.’ Mungkin Tony Pua tidak faham dan tidak tahu apa makna ‘qualified accountant’, malahan dia tidak tahu apa makna akauntan.

Namun Guan Eng tidak berani hendak mendakwa Dr Wee di mahkamah kerana apa yang telah didedahkan oleh Dr Wee adalah benar belaka.

Ketika pendedahan itu dibuat oleh Dr Wee keadaan ekonomi negara sudah pun lintang-pukang di bawah urus tadbir Guan Eng semasa dia diangkat sebagai Menteri Kewangan PH.

Jelas sekali Guan Eng gagal menguruskan kewangan dan ekonomi negara dengan baik ketika itu.

Bukan itu sahaja, dalam PH ini juga terlihat tiada kata sepakat dalam hal menguruskan ekonomi negara. Menteri Ekonomi, DS Azmin kata lain, Menteri Kewangan kata lain, Mahathir pula akan kata “Saya tak tahu.”

Tony Pua tidak mahu menjawab soalan pemberita berkenaan kelayakan Guan Eng kononnya bimbang jika ia dijadikan bahan perbicaraan di mahkamah, kononnya.

Tony Pua cuba membela Lim Guan Eng yang dia dakwa mempunyai sijil keahlian dalam Persatuan Akauntan Australia, sedangkan sijil itu tidak membawa apa-apa makna kerana ia hanyalah ‘sijil ahli sementara’  (provisional member) yang tidak boleh dijadikan bukti dokumen bahawa Guan Eng adalah ‘akauntan bertauliah’.

‘Provisional member’ hanyalah syarat sebelum seseorang itu layak untuk mengikuti modul pengajian dan seterusnya peperiksaan. Meskipun telah menduduki peperiksaan, proses mentauliahkan seseorang itu sebagai ‘akauntan bertauliah’ masih lagi jauh dan amat rumit!

Tapi Guan Eng tidak berterus-terang bahawa dia adalah calon yang gagal di tengah jalan. Mungkin sama dengan Mat Sabu yang dibuang dari ITM dalam program diploma kulinari kerana gagal.

Bahkan Lim Guan Eng sendiri dalam satu forum pada bulan Mac 2012 mengakui bahawa beliau gagal menjadi akauntan dan menghabiskan masa kurang seminggu di sebuah firma akauntan di Malaysia sebelum dipecat, sebagaimana dilaporkan oleh Malaysiakini

Malah, semakan atas talian di Institut Akauntan Malaysia (MIA) juga turut gagal menemui nama Guan Eng sebagai ahli akauntan bertauliah.

Di Malaysia, anda bukanlah seorang akauntan melainkan menjadi ahli MIA. Di bawah Akta Akauntan 1967 Seksyen 25(e), adalah menjadi satu kesalahan terhadap mana-mana individu atau organisasi mengakui diri mereka sebagai akauntan kecuali mereka berdaftar dengan MIA.

Hukuman bagi kesalahan itu ialah denda RM10,000 atau penjara 1 tahun atau kedua-duanya.

Lucunya dan betapa hipokritnya apabila laman web DAP sendiri yang telah memperakui Guan Eng sebagai “akauntan bertauliah”.

Lantas, inikah orangnya yang bijak berbohong dan mahu berdebat dengan Dr Wee?

Apa yang jelas Guan Eng tidak layak berdebat dengan Dr Wee.

Pada 11 Jun 2018, Guan Eng sendiri pernah berkata kepada media bahawa beliau adalah seorang akauntan.

Dr Wee Ka Siong yang amat prihatin terhadap kelembapan ekonomi negara ketika PH berkuasa, amat signifikan mencabar Guan Eng yang dikaitkan dengan tadbir urus ekonomi yang lintang-pukang oleh orang yang tidak berkelayakan.

Tidak hairanlah jika Dr Wee Ka Siong, semalam (30 Sep 2021) berani mencabar Guan Eng untuk berdebat kerana Guan Eng hakikatnya adalah manusia lembab sebagaimana kesilapan yang pernah dibuatnya dalam pembentangan ekonomi di parlimen pada 13 Ogos 2018.

Dengan itu kami cadangkan kepada Setiausaha Agung DAP itu supaya janganlah cakap besar, mohon maaf sahajalah sebagaimana yang anda ucapkan di sidang parlimen 13 Ogos 2018 itu.

Anda hanya layak berdebat dengan Mat Sabu, bekas Menteri Pertahanan yang pernah dikategorikan sebagai Menteri Pertahanan terbodoh dunia, kerana hanya pandai memasak, itupun gagal dalam kursus kulinari ITM suatu ketika dahulu. Pelabelan itu dibuat dengan perbandingan dengan 15 Menteri Pertahanan Asia dan Asia Tenggara yang lain.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: