PPBM ADALAH LEMAH DARIPADA KACAMATA PENGANALISIS

Editorial

8 Ogos 2021

PPBM (Bersatu) pada hakikatnya adalah parti serpihan kerana pemimpin asalnya datang daripada UMNO. Ia terburai apabila PH kalah, dan kerana Pengerusinya, Tun Mahathir lari meninggalkannya untuk menubuhkan Pejuang, ia bertambah lerai-terburai setelah ramai pemimpin yang setia dengan Mahathir turut sama meninggalkannya.

Presiden PPBM, TS Muhyddin Yassin atau kini dikejutkan dengan nama sebenarnya, sebagaimana tercatat dalam kad pengenalannya, Mahiaddin Yassin, juga adalah bekas ahli UMNO yang dipecat.

Satu persoalan besar, kenapakah selama ini dia bersembunyi di sebalik nama asalnya? Tiada siapa yang tahu dan ia menjadi rahsia peribadi, malah ada peguam yang mengatakan keabsahannya sebagai PM juga dipersoalkan kerana dalam banyak perkara nama Muhyiddin yang digunakan dalam dokumen-dokumen penting.

Secara kasarnya, Muhyiddin telah dipecat daripada UMNO kerana bersekongkol dengan Tun Mahathir yang menuduh DS Najib sebagai bersalah dalam kes 1MDB meskipun belum disabitkan oleh mahkamah. Malahan tuduhan ke atas DS Najib adalah ‘dakwaan terpilih’ dalam pendekatan ‘scheme of things’ iaitu ‘satu konspirasi menyusun-atur alur hidup seseorang’ yang menjadi falsafah ‘ends justify the means’ sebagai tektik politik Mahathir, meskipun dunia tahu ia adalah ‘morally wrong’ atau amat salah dari aspek moral.

Walau bagaimanapun rakyat tahu siapakah Mahathir sebenarnya, yang amat tegar dengan sikap diktatornya yang suka menganiaya sesiapa sahaja termasuk orang kanannya sekiranya mereka menolak untuk dijadikan bonekanya.

AlMarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, PM Malaysia yang pertama.

Lihat sahaja bagaimana DS Najib menjadi sasarannya kerana gagal mengangkat anaknya Mukhriz sebagai Naib Presiden UMNO.

Muhyiddin bukanlah tokoh yang bersih, dia juga disyaki terbabit dengan beberapa kes rasuah.

Sebagaimana dia menuduh ada orang mahu dia mencampuri urusan badan kehakiman, begitulah dia berlindung di bawah ketiak Mahathir daripada tindakan undang-undang.

Muhyiddin amat takut pada Mahathir. Lihat sahaja setelah dia dilantik sebagai PM, dia dituduh pengkhianat oleh Mahathir, dan dengan segera dia mengadap Mahathir untuk memohon maaf.

Kenapa pula dia harus memohon maaf?

Dia kenalah memohon maaf kerana  dia takut sekiranya Mahathir yang masih mempunyai kuasa dan pengaruh mengheret dirinya ke mahkamah sebagaimana berlaku kepada DS Najib.

Kedudukan Muhyiddin sebagai Presiden PPBM tidaklah sekuat mana. Lihat sahaja  PPBM Bahagian Pagoh yang telah lemah apabila banyak cawangannya dibubarkan.

Parti PPBM sendiri tidaklah sekuat manapun ketika Mahathir menduduki kerusi PM semasa PH berkuasa. Malahan Mahathir mengaku dia adalah ‘PM Boneka’, pastinya kepada DAP yang lebih dominan.

Apabila Mahathir melakukan kesilapan besar meletakkan jawatan selepas ‘Langkah Sheraton’ logiklah Muhyiddin yang diangkat sebagai PM, kerana dia adalah orang kanan Mahathir.

Tetapi Muhyiddin tidaklah mendapat majoriti yang sebenar-benarnya majoriti yang tuntas kerana sokongan MP adalah berpecah-pecah kepada DS Anwar, DS Azmin Ali, DS Najib, Tengku Razaleigh, DS Wan Azizah, dan mungkin juga ada yang mahu Lim Kit Siang menjadi PM.

Malangnya kerana PH ketika itu adalah parti pemerintah yang sudah rosak, maka PM dipilih daripada orang PH yang sudah rosak juga.

Meskipun sewajarnya DS Wan Azizah yang dilantik sebagai PM, tetapi ia ditolak oleh Mahathir awal-awal lagi. Lagipun Mahathir takut sekiranya DS Anwar pula yang dilonjak naik oleh DS Wan Azizah.

Jadi dapatlah kita lihat bahawa Muhyiddin pada hakikatnya ialah katak yang melompat daripada UMNO untuk membuntuti bapak katak iaitu Mahathir.

Hari ini Mahathir menubuhkan Pejuang tetapi hakikatnya Pejuang juga adalah parti ciput yang tiada taring.

Lihatlah bagaimana Mahathir menyatakan bahawa dia sanggup meninggalkan Pejuang sekirannya dia dilantik untuk mengepalai Jawatankuasa Melawan Covid19. Hakikatnya Mahathir tiada keyakinan pada Pejuang.

Mahathir sebenarnya mahu negara menubuhkan Mageran dan dia mahu mengepalai Mageran.

Amatlah bahaya bagi negara melantik Mahathir, seorang diktator sebagai Pengarah Mageran, apabila macam-macam boleh dilakukannya kerana Pengarah Mageran samalah seperti PM yang memerintah melalui Ordinan Darurat.

This image has an empty alt attribute; its file name is image-158.png
Ranker menyenaraikan Mahathir sebagai antara Diktator terkenal dunia

Oleh kerana PPBM hanyalah parti melukut di tepi gantang yang lemah dan tidak bermaya, apa yang perlu dilakukan ialah dengan membeli katak-katak politik, terutamanya daripada rakan-rakan lamanya dalam UMNO.

Namun Muhyiddin mempunyai ‘advantage’ daripada golongan katak-katak politik PKR setelah berlaku krisis kepimpinan PKR antara DS Anwar Ibrahim dan DS Azmin Ali. Ramai pengikut Azmin Ali yang turut melompat masuk PPBM.

PKR juga bukanlah parti yang suci-murni, kerana lihatlah apa berlaku sekarang di negeri Selangor yang diperintah oleh PKR, sehingga DYMM Sultan menzahirkan dukacita baginda dan bertitah supaya kes rasuah yang melibatkan penjawat awam dibanteras segera.

Dengan dikelilingi oleh katak-katak serta parti PAS yang langsung tidak pernah merasai memimpin kerajaan Persekutuan, Muhyiddin mengambil kesempatan memberikan jawatan yang tidak relevan tetapi bertaraf menteri kepada pemimpin PAS.

Kumpulan kepimpinan PAS ini pula menjadi lupa daratan setelah mendapat kuasa sehingga DYMM Agong pun dibiadapinya dan ada yang menterjemahkannya sebagai derhaka.

DS Takiyuddin bukan sekali menghadapi laporan polis kerana derhaka kepada DYMM Agong Sultan Abdullah, malah dia juga telah menerima laporan polis kerana didakwa derhaka kepada DYMM Agong Sultan Muhamaad V.

Terkini Menteri Besar Kedah yang merupakan orang kuat PAS, diserang oleh netizen kerana menganggap kontena mayat yang digunakan oleh hospital kerana lambakan mayat yang banyak akibat Covid19, dijadikannya sebagai senda-gurauan.

Untuk mengukuhkan kedudukannya PPBM secara diam-diam kuasa eksekutif digunakan untuk mencampuri urusan badan kehakiman. Hal ini terbukti apabila terbongkar orang kuat PPBM memilih ‘budak kita’ untuk jawatan-jawatan tinggi dalam PDRM.

Dalam perutusan khasnya beberapa hari lalu, Muhyiddin menuduh terdapatnya pemimpin tertentu yang mendesak dirinya supaya mencampuri urusan badan kehakiman.

Anehnya jika mereka yang dituduh itu mahu dia mencampuri urusan badan kehakiman, sudah pastilah mereka berada di bawah ketiaknya dan membodek sebagaimana wujudnya beberapa katak UMNO dan PKR yang sedang berlindung di sisinya.

Hari ini terbongkar pula naratif dalam media tentang beberapa MP DAP dan PKR yang mendakwa ditawarkan jawatan dan wang ringgit oleh orang PPBM untuk mengisi kekosongan jawatan menteri yang ditinggalkan oleh MP UMNO yang tidak lagi menyokong Muhyiddin.

Kesimpulannya PPBM adalah parti yang lemah dan Muhyiddin juga pemimpin yang lemah kerana tiada kuasa majoriti.

Lantas, dengan itulah PPBM terpaksa membeli katak-katak politik, sekiranya benar sebagaimana yang dilaporkan oleh media arus perdana.

Kes jangkitan Covid19 di Malaysia adalah tertinggi di dunia mengikut kadar per juta penduduk.

Kegagalan demi kegagalan berlaku dalam menangani serangan Covid19, tetapi Muhyiddin terus berkeras untuk tidak melepaskan jawatannya, dan apa yang rakyat lihat, ramailah yang akan mati akibat Covid19, dengan datangnya varian Delta, Delta Plus dan Lamda (terkini 360 sehari kes kematian) yang seribu kali ganda lebih kuat daripada virus Covid19 yang kita ketahui.

Sudah terang lagi bersuluh, Ordinan Darurat yang diproklamasikan pada Januari 2021, dipersepsikan sebagai senjata PPBM untuk kesinambungan hayat mereka, bukannya untuk menangani Covid19.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: