SIDANG 220 AHLI PARLIMEN DITANGGUHKAN KERANA COVID19, MENGAPA PULA ROS DESAK PERHIMPUNAN 3.2 JUTA AHLI UMNO?

Dr Mamat Desa

9 Ogos 2021                                                                                          

Amaran dan ugutan yang dikenakan oleh RoS terhadap UMNO kerana tidak mengadakan pemilihan pada Jun 2021 dan ditangguhkan kerana penularan Covid19 yang melonjak naik dan kini berlegar di sekitar 18,000-20,000 kes, dengan kes kematian tertinggi 360 sehari, adalah sesuatu yang dianggap sebagai penganiayaan terhadap UMNO.

Sebelum ini RoS telah bersetuju selari dengan sokongan KKM dan MKN sebagaimana diperjelaskan oleh Setiausaha Agung UMNO, DS Ahmad Maslan.

Adakah pendirian RoS berubah setelah beberapa MP UMNO dan menteri daripada UMNO meletakkan jawatan daripada kabinet TS Muhyiddin Yassin?

Pada Jun ketika kes covid baru mencecah 6 ribu, RoS telah TOLAK permohonan PKR untuk adakan Perhimpunan Agong Tahunan parti mereka.

Pada Ogos pula ketika kes Covid19 sudah mencecah 20 ribu, RoS TOLAK permohonan UMNO untuk tangguh pemilihan parti melibatkan lebih 66 ribu cawangan dan 3.2 juta Ahli termasuk sayap-sayap Wanita, Pemuda dan Puteri seluruh Malaysia.

Apakah RoS sebagai agensi Kerajaan di bawah KDN juga terperangkap dalam ‘Scheme of Things’ orang politik?

Sebagaimana diperjelaskan oleh Ahmad Maslan, MKT UMNO pada 18 Jun 2021, dengan persetujuan 52/56 ahli untuk menangguhkan pemilihan dibuat setelah merujuk kepada surat-surat berikut.

1. Surat Balas KKM yang bertarikh 10 Mei 2021, dan ditandatangani oleh TS Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah sendiri yang mengesyorkan agar “Mesyuarat Perwakilan UMNO bagi tahun 2021 ditangguhkan demi kepentingan perlindungan kesihatan awam, sehingga ke satu keadaan pandemik Covid19 yang lebih terkawal dan selepas lebih 70% penduduk Malaysia telah divaksinasi”

2. Surat balas Majlis Keselamatan Negara bertarikh 11 Jun 2021 yang mengesyorkan: “Mesyuarat Perwakilan UMNO bagi tahun 2021 dipohon supaya ditangguhkan demi perlindungan kesihatan awam dengan mengambil kira pandangan KKM.

3. Malah permohonan UMNO untuk menangguhkan Mesyuarat Perwakilan UMNO kepada RoS bertarikh 24 JUN 2021 telah dibalas melalui surat bertarikh 19 JULAI 2021 dengan menyebut “Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM atau RoS) TIADA HALANGAN terhadap keputusan MKT UMNO bagi menangguhkan pemilihan MKT, Bahagian dan Cawangan dalam tempoh 18 BULAN bermula 30 Jun 2021 dan mendapati ia adalah mematuhi Fasal 10.16 Perlembagaan UMNO”.

Adakah logik dan waras sekiranya sidang 220 ahli parlimen ditangguhkan kerana Covid19, sebaliknya perhimpunan 3.2 juta ahli UMNO didesak supaya diadakan segera?

Tidakkah RoS peka dengan risiko nyawa rakyat, apabila Malaysia dikategorikan sebagai negara jangkitan Covid19 tertinggi di dunia mengikut kadar per juta penduduk?

Lantas timbul persoalan adakah amaran yang diterima oleh UMNO merupakan kerja orang-orang yang berkuasa dalam PPBM, sebagaimana didedahkan oleh MP Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman apabila pendaftaran parti Muda diterjemahkan sebagai disekat dengan bersyarat.

Mungkin inilah juga matlamat melantik ‘budak kita’ seperti yang didedahkan oleh bekas Ketua Polis Negara TS Hamid Bador.

Sebelumnya pendaftaran parti Pejuang juga seperti disekat sekian lama, namun setelah Tun Mahathir memberi amaran akan mengambil tindakan yang keras, sekonyong-konyong ia diluluskan.

Nampaknya RoS amat gentar dengan amaran Tun Mahathir, tetapi tidak langsung peka terhadap tuntutan Syed Saddiq, malahan Syed Saddiq kini berdepan pula dengan beberapa tuduhan rasuah.

Lantas adakah RoS juga menerima arahan untuk mewujudkan gerakan mengharamkan UMNO sebagai konspirasi ‘scheme of things’ untuk menghancurkan UMNO, parti yang selama ini memperjuangkan hak Melayu dan mempertahankan agama Islam serta kedudukan Raja-Raja Melayu?

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: