MUKHRIZ RABUN KERANA TOLAK DAPATAN ILHAM CENTRE

RENCANA UTAMA

Oleh Dr Mamat Desa

Setelah penamaan calon untuk PRK DUN Slim, pusat penyelidikan Ilham Centre telah menjalankan kajian terhadap sokongan pengundi kepada parti dan calon yang bertanding.

Pusat penyelidikan itu memperoleh dapatan dan membuat kesimpulan analisis bahawa calon proksi Pejuang, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi akan kalah teruk.

Kajian empirikal sedemikian pastinya merujuk kepada kajian kualitatif dan juga kuantitatif yang menggunakan pengundi sebagai sampel.

Adalah salah bagi mereka yang jahil statistik untuk menuding jari bahawa kajian sedemikian hanyalah ramalan, kecuali sekiranya terdapat beberapa kelemahan seperti pemilihan sampel, isu semasa sebelum pilihan dibuat atau terdapat ‘bias’ terhadap instrumen kajian.

Namun hakikatnya ia bukanlah ramalan ‘tok bomoh’ yang memuja syaitan dan terkeluar daripada asas tunjang akademik.

Presiden parti baharu ciptaan Mahathir, Pejuang iaitu anaknya sendiri DS Mukhriz menolak dapatan Ilham Centre sehari sebelum PRK Slim berlangsung.

Kata Mukhriz, “Saya tak pasti macam mana datang ramalan itu. Adakah mereka membuat kajian terperinci atau tidak? Tapi yang akan membuktikan dakwaan itu betul atau tidak ialah esok (hari mengundi).

“Jadi, buat apa kita nak buat andaian yang mungkin berasaskan pada benda-benda yang belum pasti. Biar kita lihat keputusan esok,” katanya kepada pemberita pada sidang media di bilik gerakan utama Pejuang di Taman Slim Permata, Slim River pada petang 28 Ogos.

Sebaliknya Mukhrizlah yang membuat ramalan songsang kononnya calon tajaan Pejuang mempunyai peluang 50-50 untuk mengalahkan calon BN, Mohd Zaidi Aziz.

Tidakkah Mukhriz mengkaji sejarah PRU bagi DUN Slim serta memikirkan tentang lumpuhnya kecenderungan rakyat terhadap bapanya Tun Mahathir yang kini lebih digambarkan sebagai tokoh ‘pemecah-belah’ kuasa politik kaum Melayu?

Mahathirlah yang menghina, mencaci dan mengeji kaum Melayu sebagai pemalas dan miskin, sebaliknya kini cuba mempergunakan kaum Melayu dengan label ‘pejuang tanah air’.

Bolehkah seseorang pejuang itu sekaligus juga pemalas?

Dalam konteks PRK DUN Slim, kami melihat calon proksi Mahathir adalah calon dedalu yang hanya dijadikan tikus bagi eksperimen Mahathir kerana sudah empat penggal DUN Slim adalah milik UMNO-BN.

Rekod empat pilihan raya yang lalu sejak PRU11 pada tahun 2004 adalah milik UMNO-BN dengan calon yang sama iaitu Allahyarham Datok Mohd Khusairi Abd Talib.

Kali pertamanya Bersatu bertanding adalah pada PRU14 tetapi telah kalah kepada Datok Khusairi dengan majoriti 2183 undi.

Semasa Bersatu masih dalam kuasa Mahathir, calonnya telahpun kalah, apatah lagi jika calon Mahathir bertanding atas tiket bebas bersimbolkan pokok?

Sebelum ini, PRK di Semenyih, Rembau, Cameron Highlands, Tanjung Piai, Kimanis dan Chini, semuanya dimenangi oleh calon BN-UMNO setelah UMNO dan PAS mengikat perjanjian dalam kesatuan Muafakat Nasional.

Kemenangan tersebut menjangkau lima buah negeri iaitu Selangor, Pahang, Johor, Negeri Sembilan dan Sabah. Kini kemenangan tersebut diibaratkan seperti kejatuhan bidak-bidak domino yang melanda Perak pula.

Calon UMNO, Mohd Zaidi Aziz bukan sahaja telah menang PRK Slim, tetapi lebih daripada itu apabila dia telah memperoleh majoriti lima kali ganda daripada apa yang BN peroleh semasa PRU14 iaitu 10,945 berbanding 2183.

Sebaliknya, tentang calon proksi Pejuang, Amir Khusyairi hanya memperoleh 2,115 undi jauh lebih rendah daripada apa yang diperoleh calon Bersatu, Mohd Amran iaitu 6144 pada PRU14 lalu.

Ini bermakna Amir Khusyairi hanya berjaya mendapat sepertiga undian daripada penyokong Bersatu yang dahulunya berada dalam kuasa Mahathir.

Ilham Centre mengeluarkan premis bahawa Pejuang boleh dianggap berjaya jika masih mampu mengekalkan undi PH yang diperoleh pada PRU14 lalu.

Lantas, dengan keputusan PRK Slim semalam, jelas membuktikan bahawa Pejuang telah gagal.

Jika sewaktu merangkak pun sudah tersungkur dan tergelempang pastinya Pejuang tiada daya untuk berdiri, apatah lagi berlari.

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: