Adalah salah bagi mereka yang jahil statistik untuk menuding jari bahawa kajian sedemikian hanyalah ramalan, kecuali sekiranya terdapat beberapa kelemahan seperti pemilihan sampel, isu semasa sebelum pilihan dibuat atau terdapat ‘bias’ terhadap instrumen kajian. Ilham Centre mengeluarkan premis bahawa Pejuang boleh dianggap berjaya jika masih mampu mengekalkan undi PH yang diperoleh pada PRU14 lalu. Amir Khusyairi hanya berjaya mendapat sepertiga undian daripada penyokong Bersatu yang dahulunya berada dalam kuasa Mahathir.
PRK SLIM- KUASA KETIGA PEJUANG TIDAK DITERIMA RAKYAT
Dengan itu juga Mahathir telah mewujudkan parti baharu ‘Pejuang’ yang bebas daripada PH, sebaliknya terus memusuhi BN dan Muafakat Nasional, dua parti yang menjadi tunjang harapan kaum Melayu. Apa yang rakyat lihat, kelahiran ‘Pejuang’ sama juga dengan kelahiran PPBM dahulu, hanyalah bermatlamatkan untuk memecah-belahkan kuasa politik Melayu, sebagaimana kebencian Mahathir terhadap kaum Melayu. Anehnya, dia masih mahu mempergunakan kaum Melayu atas nama ‘pejuang tanah air’ sedangkan selama ini dia mengutuk, menghina dan mencaci kaum Melayu sebagai pemalas, perasuah dan perompak.
‘SELAMAT TINGGAL BERSATU’- HANYALAH KEKECEWAAN MAHATHIR
Dia telah menyemai sejak 8 September 2016 lagi, dan apabila tanaman tidak menjadi, cuma bunganya sahaja yang kembang pada Mei 2018, dengan kebaculannya dia meninggalkan Bersatu pada Februari 2020. Kini dia menyemai pula benih-benih Pejuang dari kalangan kaum Melayu yang pernah dia hina dan caci sebagai pemalas, perompak dan penyangak.