
BERITA SISIPAN
Seorang pemuda berbangsa Cina yang menggelar dirinya Burung Ababil Nelson telah menyiarkan sebuah video monolognya yang berdurasi 7 minit 14 saat di YouTube pada tarikh 28 Ogos 2020.
Video dirinya yang bermonolog itu mendedahkan tentang tuduhannya terhadap anak lelaki Lim Guan Eng (Marcus Lim?) yang didakwa terlibat dengan kes wang sogokan.
Wang sogokan itu adalah sebagai imbalan bagi menyelesaikan cukai LHDN yang berjumlah lebih RM100 juta.
Lim Guan Eng (LGE) pernah mendakwa dia tidak mengamalkan rasuah, tetapi Ababil mendedahkan bahawa anak lelaki LGE telah meminta sogokan dan bertindak menjadi orang tengah LHDN.
Ababil mendakwa bahawa anak lelaki Lim Guan Eng telah meminta wang sogokan sebanyak RM36 juta dari Dato’ Sri Goh Choon Kim, pemilik Hotel Vangohh yang juga merupakan pemilik kilang rokok di Macang Bubok di Bukit Mertajam Pulau Pinang.
Anak LGE memberi jaminan akan membantu menyelesaikan cukai DS Goh dengan sogokan sejumlah RM36 juta.
Sogokan RM36 juta itu dibahagikan kepada dua pecahan iaitu RM18 juta untuk pihak LHDN bagi menyelesaikan tunggakan cukai tersebut, dan nama DS Goh Choon Kim akan digugurkan daripada senarai cukai tertunggak LHDN.
RM18 juta lagi untuk pihak anak LGE sebagai sogokan membantu menyelesaikan bayaran cukai berkenaan.
Wang tersebut dibayar secara tunai dengan ansuran lima kali bayaran.
Ababil mendakwa, semua pembayaran telah dirakam melalui video.

Ababil telah menggesa pihak berkuasa supaya mengambil tindakan dan jangan lepaskan mereka yang bertanggungjawab yang menjadi orang tengah (kepada pembayar cukai dan LHDN).
Wang cukai LHDN adalah wang negara yang seharusnya digunakan untuk pembangunan negara (membina sekolah, hospital dan infrastruktur awam yang lain) dan tidak sepatutnya masuk ke kocek perasuah seperti anak LGE.
Ababil melabelkan LGE sebagai ‘syaitan’ dan anaknya sebagai ‘iblis’.
Dia juga membangkitkan persoalan, adakah ini merupakan sumber kekayaan anak LGE yang memiliki kapal mewah, kasut mewah, jam tangan mewah dan lain-lain lagi?
LGE pernah mendakwa, orang lain ada wang simpanan yang banyak dalam bank, tetapi dia tiada wang dalam bank sebab dia tidak amalkan rasuah.
Tapi sebaliknya pada pendapat Ababil, anak dia adalah perasuah.
Jika LGE tidak tahu tentang perkara ini, maka dia adalah pemimpin dan ahli parlimen yang baik, dan dengan itu dia hendaklah bertindak melaporkan kepada pihak PDRM (atau SPRM) kerana ini adalah kes jenayah dan tindakan sedemikian akan membantu kerajaan membina negara yang bersih daripada rasuah.
Walau bagaimanapun Ababil mendakwa bahawa LGE suka menyalahkan orang lain (hipokrit).
Kepada LGE, sekiranya apa yang dikatakan oleh Ababil itu suatu fitnah, maka dia dicabar untuk membuat laporan polis.
Ababil juga mencabar LGE supaya membawa bersama konco-konco politiknya untuk membuat laporan polis terhadapnya (Ababil), sekiranya ia merupakan fitnah.
Ababil mahu pihak yang terlibat ditangkap. Malahan Ababil menggesa pihak berkuasa menyediakan dua penjara.
Pertama untuk LGE yang didakwa sebagai hipokrit (suka salahkan orang lain tetapi diri sendiri juga terbabit dengan rasuah).
Keduanya ialah untuk kroni-kroni LGE seperti Superman DAP (Hew Kuan Yau) yang suka meniup api permusuhan terhadap pemimpin negara.
Nampaknya, kes rasuah ‘Terowong Dasar Laut’ LGE dan kes penggubahan wang haram yang membabitkan isterinya Betty Chew Gek Cheng belum lagi selesai, kini timbul pula kes rasuah anak lelakinya.

Bagi Ababil kerajaan DAP adalah kerajaan ‘syaitan’ sebagaimana Raja Abrahah yang cuba mencabar Tuhan.
Ababil juga meminta videonya yang diterbitkan dalam YouTube itu ditularkan oleh netizen untuk mendedahkan salah laku rasuah berkenaan.
Kami berharap tuduhan Ababil adalah tidak benar, namun jika benar maka pihak berkuasa seperti SPRM dan PDRM hendaklah bertindak dan tidak memilih kedudukan politik, dan warna kulit.
*****
Tinggalkan Jawapan