KENAPA PH TIDAK TUNTUT MANDAT RAKYAT DI DUN CHINI?

Oleh Dr Mamat Desa

Nampaknya Pilihan Raya Kecil DUN Chini akan hanya menyaksikan pertandingan antara calon BN, dan dua calon Bebas, tanpa ada calon daripada parti PH yang berdegar-degar menuntut ‘mandat rakyat’.

Jika benar ‘mandat rakyat’ telah diberikan kepada PH, mengapakah mereka bacul untuk bertanding.

Alasan untuk mengelakkan pandemik Covid19 hanyalah alasan dangkal untuk menyembunyikan ketakutan dan kebaculan PH, sedangkan calon Bebas pun berani untuk bertarung walaupun mereka tahu mereka akan kalah.

Tidak perlulah didebatkan untuk mewajarkan pihak PH lari daripada menghantar calon di gelanggang, sedangkan BN, sentiasa bersedia menanti calon lawan.

Pada PRU14, Mei 2018, PH telah menang di 20 kawasan Parlimen FELDA, atas janji-janji palsu, pembohongan dan fitnah. Lantas, atas alasan apakah mereka takut dan gentar untuk menentang calon BN di DUN Chini yang majoriti pengundinya adalah peneroka FELDA?

Sepatutnya mereka berani bertanding di Chini, tetapi demikianlah bagi musang berbulu ayam, yang telah terdedah bulu asalnya pada mata rakyat.

Pengundi FELDA terpedaya dengan janji bahawa PH akan menghapuskan semua hutang peneroka, sedangkan setelah PH menang, tiada apa jua yang mereka buat tentang hutang peneroka.

Calon Bebas di DUN Chini pula hanyalah langau yang cuba mencari publisiti dan apa sahaja kelemahan calon BN untuk dijadikan modal kempen mereka, sedangkan mereka sebenarnya tiada modal, malah telah menyusahkan rakyat dan pengundi dari segi tenaga, masa dan wang ringgit.

Hanya satu sahaja yang PH laungkan saban hari, “kembalikan mandat rakyat” di samping cuba menonjolkan bahawa calon BN hanya berkelulusan SPM sedangkan mereka bacul untuk meletakkan pahlawan mereka.

Sekiranya PH anak jantan, letaklah calon Doktor Falsafah sekali pun, pastinya mereka akan kecundang dikilas dan dijatuhkan oleh tokoh generasi kedua Felda Chini, Mohd Shahrim Md Zain, 41, yang masih muda dan gagah perkasa.

Apa yang PH buta dan tuli adalah hakikatnya mereka sudah kehilangan mandat rakyat.

Mandat yang rakyat berikan telah mereka nodai dengan pembohongan, fitnah dan janji palsu. Malah pemimpin merekalah yang meruntuhkan kuasa mereka sendiri dengan nafsu serakah untuk merebut jawatan PM.

Kini pemimpin PH yang punah-ranah, malah dipersepsikan oleh bekas Setpol Mahathir, Matthias Chang sebagai parti yang sudah berkubur, cuba memperbodohkankan rakyat dengan tuntutan ‘kembalikan mandat rakyat’.

Mereka cuba beropera dengan mendongengkan kisah ‘mandat rakyat’ sedangkan mereka sebenarnya telah kehilangan ‘mandat rakyat’.

Mereka buta dengan hakikat bahawa ‘mandat rakyat’ diberikan dengan perjanjian moral yang tidak bertulis antara parti dan rakyat.

Namun setelah mereka berkuasa selama 22 bulan, segala perjanjian itu telah mereka cabuli, dan rakyat terutamanya generasi muda telah menunjukkan referendum mereka di Semenyih, Cameron Highlands, Tanjung Piai, Rantau dan Kimanis yang mencakupi, Selangor, Pahang, Johor, Negeri Sembilan dan Sabah. Malah kerajaan PH di Perak dan Kedah juga telah tumbang.

Untuk memudahkan bicara, PH menang PRU14 atas paksi menipu, berbohong dan fitnah sedangkan BN, di bawah kepimpinan DS Najib Razak telah menunaikan janji sebelum PRU14 lagi dan mempunyai rekod cemerlang dari aspek pengurusan ekonomi.

KOntradiknya, PH seringkali mencanangkan ‘hutang negara RM1 trilion’, ‘negara hampir bankrap’, ‘GST membebankan rakyat’, ‘Najib perompak’ dan macam-macam lagi fitnah, sebaliknya mereka menjadi malu apabila harga barang tetap naik dengan SST, hutang negara didedahkan sendiri oleh Lim Guan Eng hanya RM686 bilion, tetapi PH terus menambah hutang sebanyak RM300 bilion meskipun hanya berkuasa selama 22 bulan.

Kini Menteri Kewangan baharu DS Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, mendedahkan bahawa kedudukan kewangan negara adalah kukuh, kontradik dengan pembohongan PH, Tun Mahathir dan Lim Guan Eng.

Hari ini kerana sikap pembohongan, penipu, janji palsu dan fitnah yang menyelimuti PH, mereka menjadi lintang-pukang, sekejab mahu melantik Mahathir menjadi PM, sekejap DS Anwar, dan kini DS Shafie Apdal pula.

Tidak lain yang rakyat lihat, bahawasanya mereka telah tersalah memberikan mandat kepada pemimpin yang amat rakus dengan kegilaan kuasa, kekayaan dan tamak-haloba tanpa prihatin terhadap kos sara hidup rakyat.

Rakyat bagi pemimpin tua PH, adalah pemalas, dan pemalas sepatutnya miskin, sedangkan mereka lupa, siapakah yang bertungkus-lumus di bawah itu yang berjuang membangunkan ekonomi negara.

Ibarat kata sasterawan tersohor, Pramoedya Ananta Toer, “Pada mata orang kota, kemiskinan itu satu kesalahan, sedangkan mereka lupa, lauk yang mereka makan itu adalah kerja orang miskin.”

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: