Hakikatnya pengundi dan peneroka FELDA amat kenal siapa PETAI@Pejuang dan siapakah pemimpin diktatornya yang sombong dan amat bijak memecah-belahkan perpaduan kaum Melayu, mengutuk DS Najib Tun Abdul Razak dengan tuduhan keturunan ‘Lanun Bugis’ sedangkan Tun Abdul Razaklah yang merupakan pengasas FELDA untuk menghapuskan kemiskinan kaum Melayu, dan memperbaiki taraf hidup mereka.
VIDEO – MUKHRIZ BERI ALASAN DANGKAL KENAPA PEJUANG KALAH DI PRN JOHOR
Parti MUDA yang baru empat bulan didaftarkan berbanding Pejuang, telah memenangi satu kerusi walaupun hanya bertanding tujuh kerusi DUN, masakan pula Pejuang yang jauh lebih tua dengan pemimpin tertua dunia tidak memenangi satu pun kerusi daripada 42 yang ditandingi? Hakikatnya pengundi amat kenal siapa Pejuang dan siapakah pemimpin diktatornya yang sombong dan amat bijak memecah-belahkan perpaduan kaum Melayu, malah dilihat memusuhi Raja-Raja Melayu.
KENAPA PH TIDAK TUNTUT MANDAT RAKYAT DI DUN CHINI?
Pada PRU14, Mei 2018, PH telah menang di 20 kawasan Parlimen FELDA, atas janji-janji palsu, pembohongan dan fitnah. Lantas, atas alasan apakah mereka takut dan gentar untuk menentang calon BN di DUN Chini yang majoriti pengundinya adalah peneroka FELDA?