PH SUDAH BERKUBUR BUAT SELAMANYA- BEKAS SETPOL MAHATHIR

Oleh Dr Mamat Desa

Matthias Chang, bekas Setiausaha Politik Tun Mahathir pastinya tahu banyak rahsia serta karektor Mahathir dan kemelut dalaman PH yang rakyat tidak tahu.

Malahan dia juga tahu banyak perkara tentang persengketaan Mahathir-Anwar yang tidak pernah berkesudahan.

Matthias telah meluahkan rasa jengkel pada jiwanya yang tidak terbendung lagi. Antara lain kata Matthias:

Terjemahannya:

“Kata-kata dan pengakuan yang jijik kini keluar dari suara-suara politik sebagaimana yang dijangkakan. Sebagaimana tabii alam, apabila kamu ‘dikentut’ maka yang akan kamu terima ialah bau busuk yang dimuntahkan daripada saluran najis.

Sekiranya kamu yang hanya tahu mengkritik dan mahukan lelaki sedemikian sebagai PM (tak mungkin berlaku) dan PH yang kacau-bilau menguasai Putrajaya, maka kamu layak untuk dimasukkan ke hospital gila. Bajingan politik seperti itu masih berebut kuasa ketika kamu keluarga kamu, perniagaan dan masa depan kamu sedang dilanda bencana. Mereka adalah manusia durjana dan penipu!

Tapi masih ada manusia ketegar yang durjana yang masih mengotorkan alam ini ketika bencana Covid19 dan mereka meminta-minta bantuan kewangan. Anehnya mereka tetap menyerang PM tanpa sedikit pun ucapan terima kasih dan rasa syukur. Kita harus biarkan golongan ini reput dan punah.

Semasa PH berkuasa, golongan hipokrit ini tidak berani membuat tuntutan untuk memperbaiki kehidupan mereka ketika menunggu selama 22 bulan. Hipokrit belaka!

Syukur kepada Tuhan, sekarang kita tahu bahawa Anwar Ibrahim, Tun Dr Mahathir Mohamad dan PH yang durjana telah runtuh sepenuhnya, tidak relevan dan terbongkar sebagai sesumpah dan penyebar berita palsu.

Sekaranglah masanya yang amat menggembirakan kerana PH telah terkubur buat selama-lamanya. Tolong sebarkan berita ini ke seluruh pelosok.”

Matthias Chang

Perkara pokok yang cuba diluahkan oleh Matthias ialah kemusnahan Pakatan Harapan akibat persengketaan pemimpin mereka yang tidak berkesudahan dalam kemelut menentukan siapakah Perdana Menteri (PM).

Terkini dalam konteks luahan jiwa Matthias, DAP dan Amanah telah mencadangkan agar Mahathir diangkat menjadi PM ke-9 selama 6 bulan, manaklala Anwar pula sebagai timbalannya.

Anwar dan PKR sama-sekali tidak bersetuju dengan cadangan itu kerana bagi mereka Mahathir adalah manusia yang tidak boleh dipercayai.

Selama 22 bulan PH berkuasa, Mahathir tidak menunaikan janji. Anwar tidak lagi mempercayai Mahathir setelah pengkhianatan (tidak menepati janji) terhadapnya dan PH.

Walau bagaimanapun sekiranya Anwar diangkat sebagai PM, dia bersetuju melantik Mahathir sebagai ‘Menteri Penasihat’. Mahathir pula berkeras menolak cadangan itu.

Rakyat masih tertanya-tanya mengapakah Mahathir terlalu paranoid untuk menyerahkan kuasa PM kepada Anwar, sehingga pada Februari lalu dia sanggup meletakkan jawatan dan membubarkan kerajaan PH?

Apapun natijahnya, mengikut Matthias, kini PH sudahpun berkubur untuk selamanya; kubur yang mereka tempah sendiri.

Matthias menterjemahkan konflik Mahathir-Anwar tidak lagi memungkinkan PH terus relevan, lebih-lebih lagi apabila Mahathir telah dinyahkan daripada partinya atas tindakannya sendiri.

Dengan itu tindakan ‘usul undi tidak percaya’ terhadap PM Muhyiddin Yassin juga tidak lagi relevan.

Adakah kelompok Anwar akan menyokong Mahathir untuk membentuk kuasa majoriti, sedangkan Mahathir sendiri sudah ‘tidak berparti’?

Mahathir dakwa dia mempunyai 130 sokongan AP, sedangkan Anwar menafikan, dan membidas bahawa dia sendiri mempunyai 96 sokongan AP, yang pastinya tidak akan menyokong Mahathir.

Amatlah logik sebagaimana kata Matthias “PH sudah berkubur buat selamanya” kerana tiada lagi pakatan dalam komponen Pakatan Harapan.

Apa yang ada hanyalah manusia-manusia hipokrit yang hanya gila kuasa tanpa memikirkan kepentingan rakyat dan negara.

Perkara yang menarik ialah, dengan sikap pendengki dan pendendam Mahathir, adakah DS Anwar pula yang akan menjadi sasaran serangannya selepas ini, setelah dia menyerang DS Najib, dan TS Muhyiddin Yassin?

Apa yang rakyat lihat, semua serangan Mahathir adalah sia-sia, sebagaimana kata pemimpin DAP suatu ketika dahulu, “dia hanyalah harimau kertas” dan bagi kami “harimau kertas yang reput.”

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: