RENCANA UTAMA
Oleh Dr Mamat Desa
Adakah usul ‘undi tidak percaya’ boleh wewenangnya dibawa ke parlimen?
Sememangnya ada peruntukan di parlimen untuk membawa usul ‘undi tidak percaya’ namun adakah peruntukan itu diberikan wewenangnya?
Merujuk kepada usul ‘undi tidak percaya’ yang dibawa oleh Tun Mahathir terhadap PM TS Muhyiddin Yassin setelah dicanangkan sokongan 130 ahli parlimen, seterusnya dinafikan oleh DS Anwar Ibrahim yang mendakwa hanya ada 97 sokongan, kemudiannya dihebahkan pula dengan jumlah majoriti yang lain, maka adakah dengan keraguan sedemikian maka ‘undi tidak percaya’ terhadap PM wewenangnya boleh ‘dipermain-mainkan’?
Implikasinya terhadap kestabilan politik, sosial dan ekonomi negara, persepsi pelabur asing, prestasi Bursa Kuala Lumpur, kestabilan ringgit, digniti atau maruah negara dan pelbagai dampak yang lain, amatlah buruk akibat daripada usul ‘undi tidak percaya’ itu.
Maka, adakah usul ‘undi tidak percaya’ yang dibenarkan oleh undang-undang, tetapi amat dangkal dari aspek moral, boleh wewenangnya dipermainkan di parlimen?
Katakan Mahathir menang ‘usul undi tidak percaya itu, lantas PH kembali berkuasa (walaupun kebarangkaliannya amat mustahil setelah Mahathir sendiri tertendang keluar daripada partinya, dan tidak mendapat sokongan daripada penyokong tegar PKR).
Kemudian setelah berlaku kemelut rebutan kerusi PM antara Mahathir-Anwar-Shafei Apdal, penyokong Muhyiddin pula akan bangun semula dan mengusulkan juga ‘undi tidak percaya terhadap Mahathir’ kerana sokongan majoriti pada ketika itu berpihak kepada Muhyiddin.
Tidakkah ‘usul undi tidak percaya’ itu akan menjadi mainan dan wewenangnya dibawa ke parlimen?
Rakyat dan ahli politik harus ingat bahawa ‘undi tidak percaya’ terhadap ‘kerajaan semasa’, bukanlah perkara remeh-temeh kerana dampaknya seperti yang dinyatakan amatlah besar kepada kestabilan politik, sosial dan ekonomi negara.
Jika usul ‘undi tidak percaya’ itu memihak kepada pihak yang membawa usul maka beberapa implikasi terhadap jawatan Perdana Menteri boleh berlaku sebagaimana berikut:
- Perdana Menteri yang dikenakan ‘undi tidak percaya’ itu terpaksa letak jawatan dan kerajaannya terbubar dengan sendirinya.
- Seorang ahli parlimen dari pembangkang akan menawarkan dirinya sebagai Perdana Menteri baru.
- Seorang ahli parlimen dari parti pemerintah juga boleh cuba untuk mendapatkan sokongan ahli-ahli parlimen dari semua parti dan menawarkan diri sebagai calon Perdana Menteri baru.
- Perdana Menteri boleh menasihati YDP Agong untuk membubarkan parlimen supaya pilihan raya umum diadakan dan ia terpulang kepada kebijaksanaan DYMM YDP Agong untuk memperkenankannya atau menolaknya.
Sebaliknya apakah tindakan terhadap pembawa usul ‘undi tidak percaya’ itu sekiranya usulnya terhadap Perdana Menteri tidak berjaya dan ditolak setelah diundi?
Pembawa usul sepatutnya diambil tindakan, supaya budaya dan gejala usul ‘undi tidak percaya’ itu tidak dipermainkan wewenangnya di parlimen yang menjadi pesada kemuncak demokrasi dan amanah rakyat.
Dengan itu sebagaimana diamalkan di Amerika Syarikat, Great Britain dan negara-negara demokrasi di Eropah dan beberapa negara Asia, pembawa ‘usul undi tidak percaya’ hendaklah meletakkan jawatannya serta-merta, sekiranya usulnya tidak berjaya dan ditolak setelah diundi.

Hakikatnya ‘undi tidak percaya’ bukan sahaja mengendong kredibiliti Perdana Menteri yang dikenakan usul tersebut, tetapi ia juga tertanggung pada kredibiliti dan tanggungjawab orang yang membawa usul tersebut.
Dia bukan sahaja harus menanggung malu, tetapi bagi masyarakat yang bertamadun serta falsafah demokrasi yang dijunjung, maka pembawa usul hendaklah meletakkan jawatannya serta-merta.
Dengan itu juga sekiranya usul ‘undi tidak percaya’ yang dibawa oleh Mahathir gagal, maka sebagai pemimpin parti pembangkang yang membawa usul tersebut, dia mestilah atau wajib meletakkan jawatannya serta-merta.
Dia akan dilihat dan diterjemahkan sebagai parasit parlimen yang merosakkan kredibiliti kemuncak pesada demokrasi dan kuasa rakyat, dan dia mesti merasa malu dengan sikap buruk sangka dan prejudisnya yang wewenang terhadap pemimpin tertinggi negara.
Segala persoalan yang dibangkitkan di sini adalah falsafah bahawa usul ‘undi tidak percaya’ adalah perkara serius’ yang tidak boleh secara wewenangnya dibuat tanpa rasa tanggungjawab, mengikut nafsu serakah politik serta kegilaan kuasa yang bersifat autoritarian.
*****
Salinan wacana kepada NGO berikut:
- Ikatan Muslimin Malaysia
- Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia
- Gabungan Pelajar Pelajar Melayu Semenanjung
- Gabungan Persatuan Penulis Nasional
- Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia
- Gerakan Belia 4B Malaysia
- Gerakan Belia Bersatu Malaysia
- Gerakan Kebangkitan Rakyat
- Ikatan Muslimin Malaysia
- Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia
- Jamaah Islah Malaysia
- Jaringan Melayu Malaysia
- Pergerakan Pemuda Malaysia
- Pergerakan Puteri Islam Malaysia
- Persatuan Anak Melayu Johor
- Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan
- Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya
- Persatuan Bekas Polis Malaysia
- Persatuan Bekas Tentera Malaysia
- Persatuan Bekas-bekas Wakil Rakyat UMNO
- Persatuan Belia Islam Nasional
- Persatuan Hak Asasi Manusia Malaysia
- Persatuan India Muslim Malaysia
- Persatuan Linguistik Malaysia
- Persatuan Peguam Muslim Malaysia
- Persatuan Peguam Syarie Malaysia
setuju ahli parlimen yg mengusulkan undi tidak percaya pada pm akan dilucutkan jawatannya sebagai ahli parlimen.
LikeLike
Terima kasih atas cadangan yang menyokong pandangan saya.
LikeLike