Kenyataan YAB PM itu adalah satu libasan pada wajah pemimpin DAP, yang juga penyandang Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago yang masih tidak sedar diri, dan mahu menyaman PM DS Ismail Sabri, Kerajaan Malaysia, dan SPR kerana pembubaran Parlimen yang telah diisytiharkan pada 10 Okt, Isnin lalu. Pemimpin DAP itu juga wajar memohon maaf kepada DYMM SPB YDP Agong, atas tindakannya yang turut membabitkan kedaulatan baginda yang berkuasa memperkenankan pembubaran parlimen. Dengan kata-kata lain, dia telah turut menghina kerana mempertikaikan kebijaksanaan Tuanku untuk memperkenan selepas menilai keadaan semasa politik serta mendapat taklimat Jabatan Meteorologi Malaysia yang meramalkan negara hanya akan menghadapi Monsun Timur Laut bermula pertengahan November ini dan berakhir pada Mac 2023.
KENAPA PH TIDAK TUNTUT MANDAT RAKYAT DI DUN CHINI?
Pada PRU14, Mei 2018, PH telah menang di 20 kawasan Parlimen FELDA, atas janji-janji palsu, pembohongan dan fitnah. Lantas, atas alasan apakah mereka takut dan gentar untuk menentang calon BN di DUN Chini yang majoriti pengundinya adalah peneroka FELDA?
(Video) PH AMAT TAKUT JIKA PARLIMEN DIBUBARKAN
Lihat sahaja lima PRK terakhir di Semenyih, Cameron Highlands, Rantau, Tanjung Piai dan Kimanis yang menjangkau Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Sabah, semuanya merupakan referendum bahawa PH tiada lagi mendapat mandat rakyat sebagaimana mereka laung-laungkan.
(Video) ANWAR, JANGAN CAKAP TAK SERUPA BIKIN
Oleh Dr Mamat Desa https://youtu.be/zlQmhPyJtGU Pada 14 Mac lalu DS Anwar Ibrahim telah mengadakan sidang akhbar rentetan Tun Mahathir mengisytiharkan peletakan jawatannya sebagai PM serta menarik PPBM keluar dari PH, dan pertabalan Muhyiddin sebagai PM yang baru. Anwar pada dasarnya cuba mempersoalkan penubuhan kerajaan Perikatan Nasional, menggantikan kerajaan PH yang genjot, huru-hara, lintang-pukang dan haru-biru.... Continue Reading →