VIDEO – MAJLIS PEGUAM DIBIDAS KERANA DITANGGAPI SEBAGAI ‘KURANG AJAR’ KEPADA DYMM AGONG

Editorial

14 Mac 2023

Majlis peguam yang cuba menafikan hak DYMM Agong dalam isu pengampunan terhadap DS Najib Tun Razak, telah dibidas dan ditanggapi sebagai ‘kurang ajar’.

Kenyataan Majlis Peguam yang mencadangkan agar pengampunan DiRaja ke atas Najib boleh diterjemahkan sebagai tindakan mempersenda kedaulatan undang-undang dan pentadbiran keadilan serta kuasa pengampunan DYMM Agong sebagaimana diperuntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Majlis Peguam dalam kenyataan melalui Presidennya, berkata Najib tidak layak diberi pengampunan DiRaja kerana beliau baru sahaja menjalani hukuman penjara.

Presidennya, Karen Cheah, berkata pengampunan penuh pada peringkat seawal ini akan dilihat pra-matang kerana Najib masih berdepan tuduhan-tuduhan lain.

Namun Majlis Peguam hanya berdiam diri apabila Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang menjatuhi hukuman terhadap Najib telah dibuktikan mempunyai ‘konflik kepentingan’ dalam penghakiman apabila dia merupakan pihak yang bertanggungjawab dalam penubuhan SRC yang dikaitkan dengan kes 1MDB.

Malahan Nazlan telah menerima RM1.036 juta sebagaimana tercatat pada akaun peribadinya yang tidak diketahui sumbernya.

Majlis Peguam juga tidak mempertikaikan lantikan Ketua Hakim Negara yang tidak mengikut perlembagaan sebagaimana diberikan kepada Suruhanjaya Pelantikan Hakim (JAC).

Selama ini Majlis Peguam dipersepsikan oleh rakyat sebagai ‘alat pembangkang’ dan dipersoalkan ‘apakah motif mereka mempertikaikan hak DYMM Agong’?

Datok Zaib Ibrahim, antara peguam terkenal negara, dan juga merupakan bekas senator lantikan UMNO merangkap bekas Menteri Undang-Undang berkata “Sekali lagi kita mendengar tekanan-tekanan daripada kumpulan pendesak, iaitu Majlis Peguam. Apakah motif mereka ini?”

Zaid menegaskan bahawa kuasa pengampunan itu suatu penghormatan yang diperuntukkan oleh Perlembagaan kepada DYMM Agong dan Raja-Raja Melayu, dan kuasa itu hendaklah dihormati oleh semua rakyat.

“Presiden AS, Donald Trump, sendiri mengampuni 70 orang dalam sepenggal pentadbirannya. Tak ada sesiapapun mempersoalkan sistem undang-undang AS sebagai pincang. Malahan Trump telah mengampuni individu yang menyebabkan kematian kanak-kanak Iraq.

Masyarakat dunia menghormati kuasa pengampunan yang diberi kepada ketua negara itu.

Zaid menempelak Majlis Peguam, kerana tekanan yang dibuat oleh Majlis Peguam terhadap Ke Bawah DYMM Agong sudah melampau, seolah-olah ia suatu tekanan supaya pengampunan tidak boleh dikurniakan baginda.

Zaid juga bimbang kerana tindakan Majlis Peguam itu boleh menjadi presidens (tindakan pemula) kepada pihak yang cuba ‘mengajar’ DYMM Agong dan mempertikaikan sesuatu keputusan baginda pada masa hadapan.

Sekiranya Raja-Raja Melayu dipertikaikan sebegitu, maka hilanglah hak dan kedudukan Raja-Raja Melayu suatu hari nanti dan hal ini bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang digubal sejak Malaysia ditubuhkan.

UMNO digesa supaya berani, tegas dan mendukung teguh prinsip mempertahankan Agong dan Raja-Raja Melayu daripada pihak yang biadap mempersoalkan tentang kuasa Istana.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: