Namun Majlis Peguam hanya berdiam diri apabila Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang menjatuhi hukuman terhadap Najib telah dibuktikan mempunyai ‘kepentingan peribadi’ dalam penghakiman apabila dia merupakan pihak yang bertanggungjawab dalam penubuhan SRC yang dikaitkan dengan kes 1MDB.
KENAPA PH DAN MAJLIS PEGUAM MEMBUTA DAN BISU TENTANG ISU SIASATAN MEMOIR TOMMY THOMAS?
Pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara sejak awal lagi telah membangkitkan kemusykilan dan misteri kerana dia adalah peguambela Ketua Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng yang mencabar kerajaan untuk kembali ke Malaysia, sedangkan semasa Allahyarham Tunku Abdul Rahman menawarkan perdamaian Chin Peng dengan angkuhnya menolak. Selain itu Tommy Thomas adalah peguambela Lim Guan Eng yang sebelumnya merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang juga merangkap Setiausaha Agung DAP dalam kes pembelian ‘Banglow Murah’ yang didapati mengendong kepentingan politik pihak penjual serta salah guna kuasa pihak Ketua Menteri. Lantas tidaklah mengejutkan apabila kes Lim Guan Eng itu digugurkan oleh Tommy Thomas.
MAJLIS PEGUAM SUDAH BERTUKAR MENJADI PARTI KOMPONEN PH?
Majlis Peguam nampaknya cuba mencabul hak DS Najib memohon pengampunan DiRaja dan bertindak cuba mempengaruhi DYMM Agong supaya menolak pengampunan baginda terhadap Najib. Sedangkan dalam kes Anwar, Mahathir secara solo telah bertindak wewenang mengadap DYMM Agong untuk mendapatkan keampunan Anwar yang lebih jelas merupakan ‘horse trading’ supaya Mahathir dibenarkan menjadi Perdana Menteri. Ia dengan jelasnya memperlihatkan gelagat ‘pilih bulu’ dalam isu yang mereka bela dan pertahan yang jelas menonjolkan sifat yang tiada maruah dan integriti seakan-akan Majlis Peguam adalah parti komponen PH yang tegar menyokong DAP.
TERBONGKAR RAHSIA MAHATHIR DAN DAIM DIBERIKAN PENGAMPUNAN OLEH DAP-PH ATAS KESALAHAN RASUAH DAN PENYELEWENGAN WANG NEGARA – RPK
Mereka bersikap ‘dwi-standard’ kerana sentiasa berkokok, berkompang dan menjaja tentang isu pengampunan DS Najib, tetapi dalam konteks pengampunan Mahathir-Daim, Harun Idris, Mokhtar Hashim dan Anwar Ibrahim mereka diam seribu bahasa, bagaikan ‘Majlis Peguam Bisu’.
KENAPA MAJLIS PEGUAM TIDAK MENJERIT DI PERHIMPUNAN SUPAYA MAHKAMAH BERIKAN KEADILAN KEPADA NAJIB RAZAK?
Beberapa tindakan pembelaan kes DS Najib Razak dalam megemukakan bukti pembelaan ditolak, bukti bahawa pelantikan Hakim Nazlan menjadi instrumen konspirasi juga diketepikan, dan terkini terdapat konflik kepetingan Nazlan, namun Majlis Peguam tidak pernah mahu bersuara tentang isu berkenaan di jalanan.