ADAKAH SUMPAH MUBAHALAH DS NAJIB YANG DIANIAYA, SEDIKIT-DEMI SEDIKIT TERKESAN?

Editorial

15 Mac 2023

SETELAH Tun Mahathir ditendang keluar daripada parti Bersatu, dia lantas menubuhkan Pejuang Tanahair (Pejuang) dan kemudian muncul sebagai komponen parti gugusan Gerakan Tanahair (GTA) yang juga diasaskan olehnya untuk menarik golongan intelektual.

Namun Pejuang kalah teruk di PRN Johor, dan kemudiannya GTA malahan semua komponennya tidak memenangi apa-apa kerusi pada PRU15.

Akhirnya heboh bahawa Pejuang yang dipimpin oleh anak Mahathir sendiri, Mukhriz, tidak mahu lagi bersekongkol dengan GTA.

Bukan itu sahaja, sebagai pemimpin yang pernah dilabelkan sebagai diktator dan dipersepsikan sering mensabotaj semua Perdana Menteri selepasnya, kini berkonflik pula dengan anaknya, Mukhriz.

Malahan Mahathir dan konco-konconya termasuk TS Muhyiddin Yassin adalah tokoh yang telah merencanakan kejatuhan DS Najib.

Mahathir telah membangkitkan isu 1MDB pada lanskap media global, dan berjaya menyumbat DS Najib ke penjara dengan campurtangan dalam badan kehakiman, melantik Peguam Negara yang pernah menjadi pembela Chin Peng, serta Ketua Pesuruhjaya SPRM yang merupakan aktivis politik.

Sebelum ini juga Muhyiddin, Hadi dan konco-konconya dikaitkan dengan isu ‘PAS Leaks’ yang mahu DS Najib segera diheret ke mahkamah dan dijatuhi hukuman sebelum PRU15, dan strategi mereka telah berjaya.

Gelagat kerakusan nafsu manusia mungkin boleh disembunyikan daripada makhluk Allah yang lain, namun Allah tahu setiap kelumit kejahatan dan kebaikan hati hambanya.

Sumpah laknat atau sumpah mubahalah yang telah dilafazkan oleh DS Najib di masjid Kampung Baru pada 21 Ogos 2022, mungkin ditanggapi sebagai langkah tempang untuk mengelabukan rakyat dan masyarakat Islam seluruh dunia, namun ulamak bersetuju bahawa sumpah mubahalah tidak boleh dipermainkan.

Namun hari ini, malah sebelumnya juga, beberapa peristiwa politik negara, termasuk tuduhan rasuah berprofil tinggi, seperti sedang memantulkan kesan sumpah mubahalah DS Najib itu kepada pihak yang menganiaya dirinya.

Doa selepas solat hajat oleh pemimpin dan penyokong PAS yang hakikatnya mahu Allah menjahanamkan ‘Kerajaan Perpaduan’ telah bertukar menjadi doa ‘menghancurkan kerajaan Perikatan Nasional’.

Adakah lidah imam yang memimpin doa itu telah dikelencongkan menjadi doa supaya Allah menghancurkan PN, atau imam sememangnya bencikan PN?

Namun netizen telah menterjemahkannya sebagai sebahagian daripada kesan sumpah mubahalah DS Najib.

Tun Mahathir kini berada dalam radar SPRM dalam kes yang didedahkan oleh media global sebagai skandal ‘Kertas Pandora’, manakala Presiden Bersatu, TS Muhyiddin Yassin sudahpun diheret ke mahkamah dengan tujuh pertuduhan kes rasuah, salah guna kuasa dan penggubahan wang haram.

Presiden PAS, TS Abdul Hadi Awang juga sedang menunggu giliran untuk diheret ke mahkamah dengan tuduhan rasuah ke atas pengundi, malahan kerusi Parlimen Marang mungkin terbatal sekiranya sogokan ke atas pengundi terbukti di mahkamah nanti.

Kerajaan PH sebelumnya yang diterjemahkan didominasi oleh DAP telah jatuh setelah 66 hari berkuasa, manakala Setiausaha Agung DAP telah diheret ke mahkamah dalam kes rasuah ‘Terowong Bawah Laut’.

Antara lain yang rakyat sedang perhatikan dalam kes Jana Wibawa yang melibatkan Muhyiddin Yassin ialah:

  1. Lima tuduhan rasuah ke atas menantu Muhyiddin yang melibatkan RM4.6 juta dalam kes tersebut, manakala adik menantu Muhyiddin dituduh cuba menghalang SPRM dengan sogokan RM400 ribu dalam siasatan yang sama.
  2. Ketua Penerangan parti Bersatu pula telah meletakkan jawatan kerana dituduh dengan dua tuduhan rasuah bernilai RM6.9 juta.
  3. Kroni Muhyiddin yang dilabel sebagai ‘orang tengah’ yang juga merupakan pengarah syarikat perabot di Pagoh telah dituduh dengan sembilan pertuduhan rasuah bernilai RM13 juta.
  4. Muhyiddin sendiri telah dikenakan tujuh tuduhan rasuah, salah guna kuasa dan penggubahan wang haram dalam kes Jana Wibawa berkenaan.

Mungkin Mahathir mahupun Muhyiddin harus tampil di mana-mana masjid untuk turut melafazkan sumpah mubahalah bagi meyakinkan masyarakat Islam seluruh dunia bahawa mereka bersih, tidak seperti DS Najib yang sering mereka cerca dan hina, dan dilihat oleh rakyat dianiaya bukan sahaja oleh musuh politiknya, malah juga pihak mahkamah.

*******

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: