KAUM CINA SUDAH MULA HILANG KEPERCAYAAN DAN MEMBENCI DAP

Editorial

10 Nov 2022

Kesetiaan masyarakat Melayu kepada BN akan memastikan kejayaannya pada PRU15 yang akan berlangsung kira-kira seminggu lagi.

Namun perkembangan terkini menunjukkan bahawa sokongan masyarakat bukan-Melayu terutamanya kaum Cina juga telah memperlihatkan perkembangan yang amat memberangsangkan BN.

Pastinya faktor utama ialah kegagalan PH menjaga kebajikan dan kestabilan negara ketika mereka berkuasa selama 22 bulan yang telah membawa mudarat besar kepada ekonomi negara serta perpaduan kaum kerana rasisme yang ditunjukkan oleh DAP.

Di samping itu PH-DAP juga telah merosakkan sistem perundangan dan kehakiman negara dengan dakwaan terpilih yang amat ketara.

Bagaimanakah PH-DAP boleh membuat kesimpulan dan persepsi liar bahawa sekiranya BN menang, mereka akan membebaskan DS Najib.

Hakikatnya setelah beberapa hari mereka memenangi PRU14 pada 2018, Peguam Negara lantikan PH-DAP, Tommy Thomas telah membebaskan Anwar dari penjara tanpa melalui prosedur perundangan melalui pengampunan DiRaja.

Kemudian rakyat terpinga-pinga melihat bagaimana kes Lim Guan Eng digugurkan begitu sahaja, sehingga SPRM dan PDRM sendiri terkejut dengan keputusan misteri mahkamah itu.

Kini Lim Guan Eng terheret pula dengan kes rasuah Terowong Dasar Laut, tapi malangnya ia telah meragut nyawa Pengarah Syarikat Ewein Group iaitu Ewe Swee Kheng yang dikatakan terjatuh daripafa tingkat 17 Kondominium The Palazo, sedangkan mendiang telah meluahkan kebimbangan keselamatan diri dan keluarganya kerana menjadi saksi pendakwaan dalam kes Lim Guan Eng itu.

Lebih malang lagi Pengerusi DAP itu masih mahu bertanding sebagai calon Parlimen Bagan, meskipun kes rasuahnya masih berlangsung.

Bekas Presiden MCA, TS Liow Tiong Lai yang dicalonkan sebagai calon BN di Parlimen Bentong yakin bahawa perpaduan kaum serta kecenderungan masyarakat Cina terhadap BN bertambah kukuh setelah PH membawa banyak malapetaka kepada ekonomi negara.

Bagaimanakah pelabur tidak lari meninggalkan Malaysia apabila PM sering mewujudkan perbalahan dengan negara luar seperti China dan India, ditambah pula dengan kenyataan Menteri Pertahan lantikan PH yang mendedahkan kelemahan pertahanan Malaysia.

Liow Tiong Lain amat optimistik bahawa sokongan kaum Cina terhadap DAP sudah jauh merosot, dan beralih semula kepada MCA.

PRK Tanjung Piai, Johor telah membuktikan mod sokongan kaum Cina kepada BN, setelah memenangi PRK tersebut dengan majoriti yang amat besar.

BN dilihat sebagai sebuah gabungan yang sangat progresif, inklusif dan sederhana. Polisi BN sepanjang 60 tahun yang lalu adalah formula yang terbukti untuk berjaya.

Kemenangan PH pada 2018 adalah kemenangan yang tiada keabsahan kerana ia banyak didorong oleh janji palsu, pembohongan dan fitnah.

Liow Tiong Lai menjelaskan manifesto BN kali ini yang baru dilancarkan adalah cadangan tepat pada masanya mengenai rancangan gabungan itu untuk digubal jika ia memenangi Putrajaya kerana rakyat sedang bergelut dengan peningkatan kos sara hidup.

Di parlimen Bentong calon DAP sedang berbalah sesama sendiri apabila DAP melucutkan pencalonan penyandang parlimen tersebut iaitu Wong Tack untuk mengelabukan masyarakat Melayu dengan pencalonan Young Syefura Othman sebagai calon DAP.

Namun Wong Tack tetap mempertahankan kerusi itu sebagai calon bebas selepas digugurkan oleh parti DAP.

Lantas ia akan memberikan kelebihan kepada Liow Tiong Lain apabila sokongan DAP yang telah luntur itu telah berpecah dua.

Beberapa kempen Liow dilihat mendapat sambutan hebat daripada kaum Cina dan Melayu yang menyokong BN.

Sementara itu, Liow berkata manifesto BN yang baru dilancarkan itu adalah cadangan tepat pada masanya tentang apa yang dicadangkan oleh gabungan itu jika ia memenangi Putrajaya memandangkan rakyat sedang bergelut dengan peningkatan kos sara hidup.

Liow turut membidas manifesto PH, yang dilabelnya sebagai “dipenuhi dengan lebih banyak janji yang tidak ditepati” berbanding ikrar BN untuk PRU15.

Manifesto PH-DAP masih kekal dengan janji palsu, menghapuskan tol, menawarkan pekerjaan, menurunkan harga minyak, menaikkan nilai ringgit, sedangkan semasa mereka berkuasa semuanya mereka abaikan, malahan banyak menggadaikan aset negara terutamanya milik Melayu-Bumiputera seperti Tabung Haji, Khazanah, Hospital swasta dan macam-macam lagi.

Kempen Lim Guang Eng di Pulau Pinang telah menunjukkan bagaimana masyarakat Cina tempatan mencacinya dan tidak memberikan sambutan sebagai amaran bahawa DAP sudah ditolak.

***** 

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: