PENGKHIANAT UMNO DI LARUT YANG HILANG JENTERA PARTI AKAN TERSUNGKUR

Editorial

10 Nov 2022

Penyandang Menteri Dalam Negeri, DS Hamzah Zainuddin sedang menghadapi waktu sukar apabila pihak akar umbi UMNO yang membantunya ketika kempen PRU14 kini tidak lagi menyokongnya.

Shafiq Fhadly Mahmud yang sering muncul dalam ‘YouTube shorts’ dengan hujah-hujahnya yang bernas membela BN-UMNO, benar-benar memberi tekanan yang jitu kepada Hamzah, apatah lagi dia berkelulusan tinggi sebagai jurutera Petroleum dari Universiti Tekonologi Petronas, yang diklasifikasikan sebagai intelektual muda UMNO berbanding Hamzah yang memulakan kerjayanya hanya sebagai Pengurus syarikat.

Hamzah telah membawa rekod buruk kerana campurtangan dalam hal pentadbiran PDRM apabila dia melantik ‘budak-budak kita’ yang mencabul doktrin pemisahan kuasa Eksekutif dan Perundangan.

Sebaliknya, berbekalkan semangat dan kekuatan jentera BN, Shafiq yang merupakan Ketua Penerangan UMNO Larut bertekad mengembalikan maruah penduduk Larut yang tercalar selepas Hamzah, yang juga penyandang Ahli Parlimen Larut selama tiga penggal, melompat ke Bersatu setelah BN tumbang pada 2018.

Hamzah juga dilihat sebagai sebahagian daripada tali barut BERSATU yang banyak mengkhianati hak UMNO-BN sebagaimana menjadi pertelingkahan dalam PRN Sabah apabila calon UMNO dicantas dan digantikan dengan calon Bersatu.

Hamzah dikesali kerana meninggalkan akar umbi UMNO untuk bersama dengan pengkhianat utama iaitu TS Muhyiddin Yassin setelah UMNO tewas pada hal merekalah jentera yang telah bekerja keras membawa kemenangan kepadanya, dakwa Shafiq.

Sepanjang empat tahun Hamzah meninggalkan UMNO Larut dengan serba kekurangan, jentera BN tetap terus bekerja keras.

Sokongan yang diterima oleh UMNO tidak pernah kurang sedikit pun, malah bertambah hebat kerana akar umbi mahu kembalikan maruah UMNO yang tercalar pada PRU 2018.

Shafiq dilahirkan di Batu Kurau dan membesar di Larut, menjadi taruhan terbaik BN untuk menawan hati pengundi muda.

Berpengalaman lebih 10 tahun termasuk merantau ke beberapa negara, seperti Abu Dhabi dalam kerjaya cari gali petroleum memberi semangat dan ilham kepada Shafiq untuk pulang menabur bakti.

Sebagai calon anak muda sudah pasti komitmen Shafiq untuk bantu anak tempatan khususnya di Larut, amat dihargai apabila anak-anak muda sedang bergelut dalam bidang pendidikan, bidang kemahiran dan bidang pekerjaan.

Shafiq berkata, susulan banyak program pembangunan di Larut kurang diberi perhatian wakil rakyat, ramai anak muda terpaksa bekerja di luar kawasan, antaranya berulang ke kawasan perindustrian Kulim, Kedah.

Kenapa anak-anak muda kita tidak bekerja di Selama kalau ada peluang pekerjaan di itu?

Shafiq berjanji akan bantu membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada anak muda di Selama.

Shafiq berikrar akan merealisasikan pembangunan Kolej Kemahiran Tinggi Mara, institusi pengajian tinggi pertama di Larut, yang telah tergendala sejak sekian lama.

Selama telah dijanjikan Kolej Kemahiran Tinggi MARA, dan majlis pecah tanah telah pun dibuat, tetapi tiada usaha untuk menyiapkannya setelah PH menang PRU14.

Beliau mengakui bahawa gelombang yang menyokong BN di Larut semakin bertambah khususnya dalam kalangan anak muda yang mahukan perubahan lebih besar.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: