KAUM CINA SUDAH MULA HILANG KEPERCAYAAN DAN MEMBENCI DAP

Bekas Presiden MCA, TS Liow Tiong Lai yang dicalonkan sebagai calon BN di Parlimen Bentong yakin bahawa perpaduan kaum serta kecenderungan masyarakat Cina terhadap BN bertambah kukuh setelah PH membawa banyak malapetaka kepada ekonomi negara. Bagaimanakah pelabur tidak lari meninggalkan Malaysia apabila PM sering mewujudkan perbalahan dengan negara luar seperti China dan India, ditambah pula dengan kenyataan Menteri Pertahan lantikan PH yang mendedahkan kelemahan pertahanan Malaysia.

TABUNG SOLIDARITI GUAN ENG ADALAH OPERA AIR MATA TEPI JALAN

Rakyat masih ingat lagi ‘Tabung Harapan’ yang digerakkan oleh Guan Eng untuk membayar hutang negara RM1 trilion, dan Guang Eng berjaya menipu rakyat sehingga ada yang mengorbankan wang tabung simpanan peribadi sejak kecil untuk membantu kerajaan korup PH. Akhirnya wang Tabung Harapan itu hilang entah ke mana perginya. Apa yang dilihat oleh penganalisis politik, hanyalah satu lagi 'political psywar' DAP untuk mengindoktrinasikan pemikiran rakyat bahawa pemimpin DAP adalah bersih, mereka tidak mempunyai wang, malah merekalah pejuang menentang rasuah. Hakikatnya, seluruh dunia tahu bahawa bangsa Cinalah yang menjadikan rasuah sebagai budaya perniagaan mereka sehingga mereka berjaya menguasai sebahagian daripada urusniaga dunia.

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: