KAUM CINA SUDAH MULA HILANG KEPERCAYAAN DAN MEMBENCI DAP

Bekas Presiden MCA, TS Liow Tiong Lai yang dicalonkan sebagai calon BN di Parlimen Bentong yakin bahawa perpaduan kaum serta kecenderungan masyarakat Cina terhadap BN bertambah kukuh setelah PH membawa banyak malapetaka kepada ekonomi negara. Bagaimanakah pelabur tidak lari meninggalkan Malaysia apabila PM sering mewujudkan perbalahan dengan negara luar seperti China dan India, ditambah pula dengan kenyataan Menteri Pertahan lantikan PH yang mendedahkan kelemahan pertahanan Malaysia.

PH DAN PN PILIH CALON SEPERTI KOCOK DAUN TERUP: HENDAK PERJUDIKAN NASIB RAKYAT?

Walau apapun rasionalnya, sekiranya senarai calon yang dipilih akan mengakibatkan permusuhan dalam parti, sebagaimana sentimen yang dibangkitkan oleh Tian Chua, dan juga penyokong Charles Santiago di Kelang, manakala penyandang parlimen dari Bersatu pula terus keluar parti, ia tidak lain memberi signal atau amaran bahawa mereka akan kecundang. Jika tidak pun pastinya mereka akan membangkitkan perbalahan sesama ahli parti yang akan memporak-perandakan negara lagi sekali sekiranya mereka terpilih sebagaimana berlaku di Melaka dan Johor sebelum PRN tempoh hari.

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: