PN MENEMPAH MAUT APABILA KHIANATI JANJI DENGAN GPS

Editorial

9 Nov 2022

Tempoh hari ketika PRN Sabah, Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin Yassin telah mengkhianati BN Sabah apabila meletakkan calon di kawasan DUN yang telah dipersetujui bersama sebagai peruntukan kepada BN.

Di samping itu terdapat juga DUN yang telah dipersetujui untuk BN, tetalh dirampas dengan meletakkan calon PN.

Kali ini nampaknya parti pimpinan Muhyiddin Yassin itu masih dengan DNA ‘khianat’nya apabila mencabuli dasar GPS (Gabungan Parti Sarawak) sebagaimana yang telah dipersetujui hanya mahu parti-parti tempatan sahaja menguruskan hal ehwal Sarawak.

TS Abang Johari Tun Openg akan menilai semula hubungan kerjasama dengan PN, apabila PN mencabuli perjanjian dengan GPS setelah mereka meletakkan calon parlimen di Saratok, Lubok Antu, Bintulu dan Batang menjelang PRU15.

Demikianlah DNA khianat Muhyiddin Yassin yang amat tebal parti PPBM (Bersatu) yang kini diserap ke dalam gabungan yang diketuainya iaitu PN.

Tanpa banyak bicara pastinya GPS akan menentang PN habis-habisan. Dengan itu juga tiadalah maknanya lagi kerjasama politik antara GPS-PN sekiranya dimedan perang PN terang-terangan menyerang GPS.

TS Abang Johari Abang Openg yang mengetuai Gabungan Parti Sarawak (GPS) menyelar PN kerana mengkhianati persetujuan serta janjinya tidak bertanding di kerusi Sarawak pada PRU15.

Abang Johari dengan tegas memberi peringatan bahawa tindakan PN meletakkan beberapa calonnya di Sarawak terbukti melanggar perjanjian antara kedua-dua parti.

Ketika krisis politik di Semenanjung Malaysia, Abang Johari berkata, PN meminta bantuan GPS untuk menyokong gabungan itu apabila TS Muhyiddin Yassin dilantik sebagai PM.

Tetapi kini, pilihan raya sudah tiba dan mereka memutuskan untuk menghantar empat calon bertanding menentang GPS.

Abang Johari memberi amaran, “Tidak ada kompromi. Jika anda datang, kami akan lawan anda demi masa depan generasi muda kami,” katanya

Itulah dia pengkhianatan PN yang bukan sahaja sikap khianatnya sudah menular di Semenanjung, bahkan juga di Sabah dan Sarawak.

Tempoh hari semasa PRN Sabah, Ketua UMNO Sabah, DS Bung Moktar Radin telah membidas Hajiji yang mengepalai PN Sabah supaya mematuhi perjanjian awal yang telah dipersetujui bersama di antara BN dan PN.

Menurut perjanjian, PN bersetuju untuk melantik Bung sebagai Timbalan Ketua Menteri dengan memegang portfolia Kerja Raya, manakala 3 orang ADUN UMNO akan dilantik sebagai menteri dengan seorang memegang portfolio kanan sebagai syarat untuk UMNO menyokong calon Bersatu sebagai jawatan Ketua Menteri.

Namun pemerhati politik tahu segala pengkhianatan itu datangnya daripada arahan Muhyiddin Yassin dan orang kanannya Hamzah Zainuddin untuk mencairkan pengaruh BN di Sabah, dan kali ini di Sarawak pula.

Beberapa pemerhati politik yakin bahawa Bersatu pimpinan Muhyiddin telah membuat kesilapan besar apabila dia meletakkan calon di Sarawak untuk menentang GPS.

Hakikatnya kerusi Parlimen yang ditandingi oleh PN adalah kawasan yang sukar dimenangi kerana tegarnya penyokong dan kekuatan GPS.

Muhyiddin cuba bersilat untuk menyelamatkan dirinya daripada kemarahan GPS, namun jika calon bertanding atas jenama PN pastilah persetujuan utama datangnya daripada Muhyiddin sendiri.

Muhyiddin sedar Bersatu dan PN tidak dapat menjadi parti dominan di Semenanjung, lantas cuba menentang GPS Sarawak, dengan hasrat songsangnya hendak menjadi PM.

Kini GRS juga tidak lagi mempercayai PN apabila mereka menggugurkan 4 penyandang parlimen yang merupakan MP lompat sebelum ini.

Malah, GPS dan GRS menyambut baik apabila Pengerusi BN mencadangkan 2 jawatan TPM untuk Sabah dan Sarawak.

Walau bagaimana GPS dan GRS telah mengabaikan cadangan Ketua PH iaitu DS Anwar yang juga menawarkan jawatan khas TPM untuk Malaysia Timur.

Berdasarkan kekuatan GPS dan GRS yang merujuk kepada keputusan PRN Sabah dan Sarawak, kedua-dua GRS dan GPS sudah boleh menjamin 42 kerusi parlimen (15 GRS dan 27 GPS) daripada jumlah 56 seluruh kerusi parlimen bagi menyokong BN membentuk kerajaan yang amat stabil, tanpa lagi menumpang Perdana Menteri dalam kerajaan yang didominasi oleh Muhyiddin.

Sasaran BN hanyalah mendapatkan kemenangan minimum 69 kerusi Parlimen di Semenanjung daripada 167 kerusi yang pastilah boleh dicapai dengan senario politik terkini apabila rakyat serik dengan porak-peranda pemerintahan PH serta janji palsu mereka ketika berkuasa.

Pengundi Melayu-Islam juga pastinya tidak mahu ‘peliwat diangkat menjadi PM’ sebagaimana yang pernah dicanangkan oleh Tun Mahathir.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: