JABATAN METEOROLOGI MENJANGKAKAN MUSIM TENGKUJUH TIDAK AKAN BERMULA SEBELUM PERTENGAHAN NOVEMBER DAN MEWAJARKAN PRU15

Editorial

12 Okt 2022

Jabatan Meteorologi Malaysia (Kementerian Alam Sekitar) menjangkakan tiada banjir besar akan berlaku dari sekarang sehingga pertengahan November kerana negara belum memasuki Monsun Timur Laut.

Banjir terpencil di satu-dua tempat kerana kemusnahan kawasan tadahan hujan oleh pembalakan, serta limpahan air pasang besar di kawasan rendah adalah perkara yang lazim.

Banjir kilat di kawasan tertentu terutamanya di kawasan bandar raya kerana hujan berterusan satu-dua jam, juga tidak boleh disabitkan dengan musim Monsun Timur Laut, sebaliknya ia adalah akibat daripada sistem saliran yang tempang dan tidak efisien.

DYMM Agong telah menzahirkan harapan agar Pilihan Raya Umum ke-15 dapat dilaksanakan dalam tempoh masa terdekat sebelum Monsun Timur Laut yang diramal bermula selepas pertengahan November ini.

Paling penting ialah kerajaan masih berfungsi sekiranya banjir berlaku kerana apa yang dibubarkan adalah parlimen, namun seluruh agensi seperti NADMA, Jabatan Kebajikan, Kementerian Kesihatan, BOMBA, Penyelamat, PDRM, dan ATM masih berfungsi seperti biasa. Tidak ada yang terhenti atau direhatkan.

Segala persediaan dari segi jentera dan bantuan banjir telah disiapsiagakan.

Kekecewaan baginda bukanlah merujuk kepada PRU pada musim banjir kerana baginda sudah diberi taklimat yang jelas oleh Jabatan Meteorologi bahawa PRU boleh diadakan sebelum musim tengkujuh bermula yang dijangkakan selepas pertengahan November ini.

Malahan pernah pada 1999, PRU10 di adakan pada hujungan November tanpa sebarang bangkangan caci-nista oleh pihak pembangkang.

Sebaliknya, kekecewaan baginda merujuk kepada perkembangan politik semasa apabila 12 menteri PN membelakangi Perdana Menteri dengan menulis surat kepada baginda serta tindakan Muhyiddin sebagai pengerusi MPN mengkritik kerajaan dan menuduh bahawa ekonomi negara tidak dijaga dengan baik.

Walau bagaimanapun sebagaimana yang menjadi tabiat pihak yang anti-kerajaan, banyaklah maklumat yang akan diputar-belit untuk menghasut rakyat supaya menolak pemimpin yang mereka musuhi.

DYMM Agong tidak kecewa atas pembubaran parlimen dan PRU15 yang akan diadakan pada waktu yang mencecah musim tengkujuh, kerana baginda telah difahamkan oleh Jabatan Meteorologi bahawa musim Monsun Timur Laut akan hanya bermula selepas pertengahan November.

Malahan DYMM Agong juga boleh menolak permintaan membubar parlimen sekiranya PRU akan diadakan sebelum banjir besar bermula.

Namun, seperti yang ditegaskan oleh baginda, negara yang kukuh adalah penting bagi menjamin kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi berterusan demi kesejahteraan negara dan rakyat secara keseluruhannya.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: