VIDEO – ADAKAH UMAT ISLAM REDA ANWAR YANG MENYOKONG MURTAD DIANGKAT MENJADI PM?

Editorial

12 Okt 2022

Dia sering mencanangkan bahawa dia hebat dan dialah bakal PM Malaysia ke-10 tanpa mahu cermin diri, muhasabah diri tentang kes liwat, kes rasuah, nama buruknya yang menyokong permurtadan Lina Joy, ideologi pluralisme agamanya, simbol parti yang mengambil  simbol mata dajal, dan banyak lagi isu sehingga membawa kepada video bersama pelacur yang terus dinafikannya.

Dalam wawancaranya dengan BBC, Anwar mempertahankan hak asasi manusia, dan dengan itu Lina Joy harus dibenarkan murtad, sedangkan dalam Perlembagaan Persekutuan, dakwah dan pengaruh agama lain ke atas umat Islam adalah bertentangan dengan undang-undang.

Suatu ketika dahulu ketika PAS bersekongkol dengan Pakatan Rakyat, Dr Hassan Ali pernah mendesak supaya kerajaan Selangor di bawah kuasa PKR bertindak ke atas gereja di Damansara dan Brickfield kerana terdapat kira-kira 1000 umat Islam yang telah dimurtadkan.

Dr Hasan Ali telah mempersoalkan tindakan PAS Selangor mengarahkan anggota-anggota PAS menyertai perhimpunan untuk membebaskan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan liwat tetapi tidak membenarkan anggota-anggota PAS untuk menyertai perhimpunan anti-murtad.

Akibatnya Dr Hassan Ali yang ketika itu merupakan Exco Kerajaan Negeri Selangor telah dipecat daripada PAS.

Adalah suatu realiti, apabila pemimpin dan intelektual hebat seperti Dr Chandra Muzaffar, Datok Dr Sidek Baba, Datok Dr. Uthman El-Muhamaddy Ezam Mohd Nor dan ramai lagi telah menolak PKR kerana karektor ‘sesumpah’ Anwar yang amat tebal dalam dirinya, serta ‘putar alam’ sebagaimana didakwa oleh bekas peguam peribadinya Datok Zulkifli Nordin.

Allahyarham Dr Uthman El-Muhamaddy pernah mempertikaikan ucapan Anwar di London School of Economics berkenaan pluralisme agama, apabila Anwar mengeluarkan kenyataan bahawa semua agama sama dan semua agama menyembah Tuhan yang sama.

Dalam pada itu, masih ada kes pencabulan seksual songsang yang belum selesai sebagaimana kes pembantu penyelidiknya, Yusoff Rawther, dan mungkin ada lagi tetapi mangsa tidak berani melaporkannya kepada pihak polis.

Walau apapun rakyat tidak akan lupa pendedahan Ummi Hafilda, adik kandung DS Azmin Ali tentang dubur abangnya yang berhemburan darah, pendedahan seks songsang Saiful Bukhari, video lelaki bersama pelacur di bilik hotel, serta pendedahan PM Singapura tentang perangkap mereka ke atas pemimpin Malaysia.

Zulkifli Nordin pernah mendedahkan bagaimana Dr Wan Azizah telah mengeluarkan kenyataan bahawa ‘Kamu tidak pernah mahu bertaubat’ setelah mengetahui Saiful Bukhari membuat laporan polis.

Malahan kalau benar Anwar tidak bersalah dan suci bersih kenapakah dia tidak mahu pihak forensik mengambil sampel DNA-nya untuk diuji dengan air mani mangsa seksual songsang dalam kes liwat dengan Saiful Bukhari?

Tidak hairanlah sekiranya Dr Chandra Muzaffar melabelkan Anwar sebagai sesumpah, manakala Datok Dr Sidek Baba pula melabelkan Anwar sebagai ‘putar alam’ dan ‘akidah yang boleh dipersoalkan’.

Mahathir pula telah mengeluarkan kenyataan bahawa dia ‘tidak mahu peliwat menjadi PM Malaysia’.

Lantas, hebat sangatkah Anwar dengan akidahnya yang boleh dipersoalkan serta sokongannya terhadap pemurtadan atas nama hak asasi manusia?

Adakah pemimpin begini yang menjadi pilihan pengundi Melayu-Islam untuk diangkat sebagai PM?

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: