MUSIM TENGKUJUH HANYALAH PARANOIA POLITIKUS TERHADAP PRU15

Jika dirujuk kepada rekod keadaan negara yang berkaitan dengan banjir, realitinya Malaysia mengalami banjir di serata pelosok tanpa menunggu musim Tengkujuh atau serangan tujahan angin Monsun Timur Laut. Lantas, sekiranya PRU15 diadakan pada awal November yang hanya memakan masa sehari sahaja dalam tempoh 8.00 pagi sehingga 6.00 petang (10 jam sahaja), maka ia tidak perlu dijadikan alasan obsesi paranoia sebagai musibah yang akan melanda negara bagaikan datangnya kiamat.

JABATAN METEOROLOGI MENJANGKAKAN MUSIM TENGKUJUH TIDAK AKAN BERMULA SEBELUM PERTENGAHAN NOVEMBER DAN MEWAJARKAN PRU15

DYMM Agong tidak kecewa atas pembubaran parlimen dan PRU15 yang akan diadakan pada waktu yang mencecah musim tengkujuh, kerana baginda telah difahamkan oleh Jabatan Meteorologi bahawa musim Monsun Timur Laut akan hanya bermula selepas pertengahan November.

TIDAK PERNAH ADA PRESEDENS PM HARUS MINTA PERSETUJUAN PARTI POLITIK LAIN UNTUK BUBAR PARLIMEN

Sebelum ini, pembubaran parlimen tidak pernah dibincangkan secara terbuka dan apabila PM mengumumkan bahawa Parlimen akan dibubarkan maka ia menjadi keputusan mutlak untuk dibubarkan. Segala pandangan dan cadangan yang diutarakan parti-parti politik berkaitan dengan pembubaran parlimen tidak boleh mengubah dan mempengaruhi kuasa Perdana Menteri untuk mencadangkan kepada DYMM Agong akan tidakan pembubaran. PM, DS Ismail Sabri Yaakob berkata kenyataan beberapa parti politik yang meminta supaya pembubaran Parlimen dalam tempoh terdekat ditangguhkan tidak akan mempengaruhi keputusan beliau, walaupun beliau boleh meneliti pandangan mereka.

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: