TONY PUA DAN DAP, BAGAIKAN BERUK DAPAT BUNGA

Editorial

15 April 2022

Pengakuan Dr Mahathir tentang Tony Pua semasa dia mengetuai PH sebagai Perdana Menteri, tidaklah mengejutkan.

DAP berlagak sebagaimana PKM menguasai Tanah Melayu seelok-elok Perang Dunia Kedua tamat sebelum kedatangan Inggeris untuk mengisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu.

Sebagaimana tercatat dalam sejarah, dalam tempoh dua minggu antara kekalahan Jepun dan kedatangan British untuk mengisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu, Bintang Tiga PKM mengambil kesempatan keluar dari hutan dan membunuh pihak yang menyokong tentera British wewenangnya seolah-olah rejim komunis telah berkuasa sepenuhnya di Tanah Melayu.

PKM turut menubuhkan ‘Mahkamah Rakyat’ dan menjatuhi hukuman bunuh terhadap sesiapa sahaja yang mereka syaki telah menyokong tentera British sebagaimana gerila komunis Khmer Rouge bertindak di Kemboja setelah Amerika meninggalkan Vietnam.

Dengan itu juga Pentadbiran Tentera British (BMA) terpaksa bertindak menghalang dan menghentikan tindakan gerila komunis yang diibaratkan ‘beruk mendapat bunga’ dan menghentikan aktiviti ganas mereka dan memaksa PKM dibubarkan.

Pada pentas politik Malaysia 2018, DAP menjadi rakus dan bertindak ganas, setelah berpuluh tahun hanya mampu berdiri sebagai pembangkang, tetapi dengan fitnah, pembohongan, janji palsu, dan manifesto kertas tisu, mereka berjaya menguasai Putrajaya.

Terkini Dr Mahathir Mohamad dalam buku memoirnya telah mencatatkan bahawa Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Tony Pua telah bertindak angkuh dan berlagak seperti seorang menteri.

Menteri kewangan ketika itu ialah Lim Guan Eng yang kini adalah ahli kluster mahkamah atas tuduhan rasuah projek Terowong Bawah Laut, Pulau Pinang.

Dalam sidang media secara maya menjelang pelancaran memoir barunya, Mahathir berkata, ahli perniagaan menolak pentadbiran PH sebelum ini berpunca daripada sikap ‘beruk’ Tony Pua yang sedemikian.

Kononnya Lim Guan Eng berpendapat kerajaan sebelumnya telah menyeleweng dan dia patut membatalkan semua perjanjian kontrak projek yang dibuat dengan kerajaan terdahulu.

Tetapi apabila Tony pua buat begitu, PH-DAP telah menjejaskan kontraktor dan sesiapa saja yang terkait dengan projek-projek berkenaan termasuk para pekerja, pembekal dan syarikat-syarikat sokongan pasti menaruh kebencian terhadap PH-DAP.

Nampak sangat PH-DAP bertindak sebagaimana gerila komunis bertindak bagaikan beruk lapar dengan kuasa mereka dan membunuh wewenangnya rakyat yang tidak menyokong mereka.

Sebagai setiausaha politik, Tony Pua sepatutnya memberikan laporan mengenai politik negara, bukan ke sana dan ke sini wewenangnya membalas dendam membabi buta.

Mahathir mendedahkan beberapa ahli perniagaan telah mengadu kepadanya mengenai sikap “angkuh dan bongkak’ Tony Pua.

Kata Mahathir, “Saya hanya memetik satu contoh apabila ada ahli perniagaan Cina – memberitahu saya bahawa Tony Pua sangat angkuh. Itu (angkuh) perkataan yang mereka gunakan… dia berkelakuan seolah-olah dia menteri.”

Mahathir mengakui dia lebih memihak kepada ahli perniagaan kerana faktor kekayaan dan peluang pekerjaan yang dibawa pelabur, oleh itu seseorang setiausaha politik tidak sepatutnya mengancam komuniti perniagaan.

“Disebabkan orang ini, ramai ahli perniagaan menentang kerajaan kerana mereka menganggap kerajaan tidak bersimpati kepada mereka,” katanya.

Demikianlah apa yang akan berlaku sekiranya dalam darah dagingnya tebal dengan DNA komunis, malah dengan strategi halus dan tersembunyi mereka cuba menyerapkan ideologi komunis di sekolah-sekolah, membawa masuh abu mayat Ketua PKM, Chin Peng dan ditaburkan di kaki gunung Titiwangsa serta pesisir pantai Semenanjung Tanah Melayu.

Manusia jenis ini memang celaka!

****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: