Dari platform inilah terbentuknya ‘Muafakat Baharu’ yang mungkin dijenamakan sebagai ‘Muafakat Ummah’ atas saranan PAS, dengan agenda bahawa Melayu-Islam harus bersatu untuk memulihkan jurang perpaduan nasional, jurang ekonomi masyarakat bandar dan luar bandar serta kecelaruan politik akibat daripada lemahnya kuasa politik umat Islam.
TONY PUA DAN DAP, BAGAIKAN BERUK DAPAT BUNGA
Sebagaimana tercatat dalam sejarah, dalam tempoh dua minggu antara kekalahan Jepun dan kedatangan British untuk mengisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu, Bintang Tiga PKM mengambil kesempatan keluar dari hutan dan membunuh pihak yang menyokong tentera British wewenangnya seolah-olah rejim komunis telah berkuasa sepenuhnya di Tanah Melayu. PKM turut menubuhkan ‘Mahkamah Rakyat’ dan menjatuhi hukuman bunuh terhadap sesiapa sahaja yang mereka syaki telah menyokong tentera British sebagaimana gerila komunis Khmer Rouge bertindak di Kemboja setelah Amerika meninggalkan Vietnam. Pada pentas politik Malaysia 2018, DAP menjadi rakus dan bertindak ganas, setelah berpuluh tahun hanya mampu berdiri sebagai pembangkang, tetapi dengan fitnah, pembohongan, janji palsu, dan manifesto kertas tisu, mereka berjaya menguasai Putrajaya.
MAHATHIR HANYA BERANI HENTAM TONY PUA DALAM BUKU, TIDAK SECARA BERDEPAN KETIKA BERKUASA
Namun khalayak media tertanya-tanya kenapakah Mahathir diam tentang kes yang didedahkan oleh pihak Singapura berkaitan dana 1 MDB yang dimasukkan ke akaun syarikat Tawfiq Ayman suami bekas Gabenor BNM, sejumlah RM65 juta. Adakah sekarang Mahathir cuba menyatakan bahawa dia benci pada DAP sebagai strategi untuk meraih sokongan rakyat yang majoritinya amat jengkel dengan penghinaan yang dilemparkan kepada DS Najib Razak? Peliknya mengapa sekarang baru Mahathir hendak mengungkit isu kebiadapan Tony Pua? Mengapakah dia tidak berani menentang Tony Pua secara berdepan ketika dia berkuasa dan boleh bertindak wewenang melepaskan kemarahnnya?
PH HIPOKRIT, JANGAN CUBA JADI PEMBELA DOKTOR KONTRAK
Di tengah-tengah permasalahan perjuangan doktor kontrak itu, rakyat melihat tokoh politik pembangkang seperti DAP, PKR dan Pejuang cuba berlagak dengan hipokrasi mereka untuk membela pegawai-pegawai kontrak itu. Mereka cuba memperbodohkan rakyat di parlimen, untuk bangun sebagai pembela, wira dan berdiri bersama-sama doktor kontrak. Rakyat yang peka pasti tidak lupa, sewaktu Tun Mahathir, Tony Pua, Lim Guan Eng, DS Anwar Ibrahim, dan konco-konco pembohong dan janji palsu dalam PH, telah menjadi musuh penjawat awam semasa mereka berkuasa selama 22 bulan.
BEKUKAN AKAUN BANK GUAN ENG DEMI KEADILAN
Akhirnya kes ‘Terowong Dasar Laut’ telah mengheret ahli lembaga pengarah Consortium Zenith untuk direman SPRM dan Guan Eng dituduh menerima rasuah RM3.3 juta. Lantas, sekiranya akaun bank peribadi DS Najib boleh dibekukan, kenapakah akaun peribadi Lim Guan Eng dan Tony Pua tidak dibekukan? Wang dalam akaun Guan Eng boleh saja datang daripada sumber dari wang RM3.3 juta itu.