Lantas, menjelangnya hari mengundi pada Sabtu 19 Nov 2022, rakyat Malaysia, khususnya kaum Melayu-Islam, fikirkanlah dengan wajar siapakah yang harus dipilih.
ANWAR DAN DAP BERPISAH TIADA
Adakah kerana DAP ditaja oleh kumpulan Yahudi sebagaimana didedahkan oleh bekas Pegawai Khas Lim Guan Eng, Mohamed Razali Abdul Rahman? Manakala PKR juga dikaitkan dengan pertubuhan Yahudi apabila simbol partinya adalah selari dengan simbol ‘mata dajal’ dan ‘aluminati’ yang juga dikaitkan dengan pertubuhan Freemason Yahudi?
KENAPA MUHYIDDIN MEMBOHONGI IBU-BAPA DAN PIBG TANAH MERAH DENGAN AGENDA POLITIK?
Kenapa sebegitu nekadnya usaha membohongi ibu-bapa, sedangkan surat jemputan langsung tidak menyebut tentang agenda Pelancaran parti politik PN yang dipengerusikan oleh tokoh yang telah popular dilabelkan sebagai ‘pemimpin gagal’ malahan ‘pengkhianat’? Adakah dengan itu majlis tersebut akan menjadi ‘precedent’ (pendulu) kepada majlis-majlis lain yang boleh mempergunakan PIBG daerah sebagai strategi ‘tarikan awam’ untuk memenuhi agenda tersebunyi pemasaran politik dan apa juga? Rakyat amat marah tempoh hari apabila DAP cuba mempergunakan sekolah sebagai saluran penyerapan ideologi komunisme melalui komik yang akan meracuni pemikiran generasi muda, meskipun DAP yang mendominasi sfera politik negara ketika itu.
VIDEO – ‘BAPA PREJUDIS MALAYSIA’ GELARAN PALING COCOK UNTUK KIT SIANG
Namun majoriti rakyat Melayu-Islam yang dibenci Kit Siang, pastinya menolak sebarang gelaran muluk-muluk untuk Kit Siang kecuali yang sesuai dengan sikap dan sifat perjuangannya yang anti-perpaduan kaum, anti-Melayu, anti-Islam dan seringkali prejudis terhadap masa depan negara. Pandangan Kit Siang sentiasa memberi dampak yang amat negatif terhadap masa depan negara terutamanya kepada minda kaum Cina supaya mereka terus menyokong DAP serta ideologinya yang menentang beberapa perkara asas dalam Perlembagaan dalam hal hak istimewa Melayu, kedudukan Raja-Raja Melayu dan kedudukan agama Islam.
TONY PUA DAN DAP, BAGAIKAN BERUK DAPAT BUNGA
Sebagaimana tercatat dalam sejarah, dalam tempoh dua minggu antara kekalahan Jepun dan kedatangan British untuk mengisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu, Bintang Tiga PKM mengambil kesempatan keluar dari hutan dan membunuh pihak yang menyokong tentera British wewenangnya seolah-olah rejim komunis telah berkuasa sepenuhnya di Tanah Melayu. PKM turut menubuhkan ‘Mahkamah Rakyat’ dan menjatuhi hukuman bunuh terhadap sesiapa sahaja yang mereka syaki telah menyokong tentera British sebagaimana gerila komunis Khmer Rouge bertindak di Kemboja setelah Amerika meninggalkan Vietnam. Pada pentas politik Malaysia 2018, DAP menjadi rakus dan bertindak ganas, setelah berpuluh tahun hanya mampu berdiri sebagai pembangkang, tetapi dengan fitnah, pembohongan, janji palsu, dan manifesto kertas tisu, mereka berjaya menguasai Putrajaya.