KENAPA DAP KAITKAN KES BASIKAL LAJAK DENGAN DS NAJIB DAN TIDAK PERSOALKAN TOMMY THOMAS BENARKAN RAYUAN PENDAKWAAN?

Editorial

16 April 2022

Kes kematian 8 remaja berbangsa Melayu yang dilanggar oleh pemandu Sam Ke Ting didakwa cuba dikaitkan oleh DAP dengan DS Najib Tun Razak.

Melalui ‘Ciapan Twitter’ DS Najib mempersoalkan tindakan DAP mengaitkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan ikat jamin terhadap tertuduh Sam Ke Ting.

DAP mempersoalkan kenapakah Najib dibenarkan ikat jamin sedangkan permohonan Sam Ke Ting ditolak?

Tidakkah mereka ini melihat bahawa 8 nyawa anak-anak Melayu yang telah diragut, sedangkan kes DS Najib adalah kes berbeza?

Sebagaimana ciapan DS Najib, “DAP kata kenapa saya diberi ikat jamin tetapi Sam dinafikan pula?”

DAP juga dilihat tidak konsisten apabila sikap mereka berbeza terhadap kes kematian anggota Bomba Adib Mohd Kassim yang mati dalam ‘pembunuhan’ rusuhan di sebuah kuil Hindu di Seafield, tetapi beriya-iya membela kematian saksi pendakwaan SPRM, Teoh Beng Hock dan melupakan kaitannya dengan gangster yang dikaitkan dengan seorang ADUN.

DAP juga diam membisu terhadap kematian saksi penting pendakwaan kes Terowong Bawah Laut, Ewe Swee Kheng yang membabitkan Pengerusi DAP Lim Guan Eng.

DS Najib juga mendakwa bahawa DAP cuba “jadikan kes ini sebagai modal politik perkauman Cina lawan Melayu serta kaitkan dengan saya supaya rakyat membenci saya.”

DAP juga lupa bahawa dalam kes sodomi DS Anwar Ibrahim, tertuduh juga telah turut diberikan jaminan setelah didapati bersalah di peringkat Mahkamah Rayuan pada bulan Mei 2014.

Kenapakah DAP pertikaikan jaminan ke atas DS Najib sekiranya DS Anwar Ibrahim juga dibenarkan ikat jamin tetapi tidak pula mengaitkan kes Sam Ke Ting dengan kes Anwar?

DAP juga tidak mahu salahkan Peguam Negara PH, Tommy Thomas yang memfailkan rayuan terhadap keputusan kali pertama untuk bebaskan Sam Ke Ting pada tahun 2019?

Sebagaimana laporan media, Mahkamah Tinggi Johor Bahru telah mensabitkan Sam Ke Ting, atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak, dan hakim, berpuas hati bahawa kesalahan responden berjaya dibuktikan.

Hakim juga merumuskan, kenyataan tidak bersumpah tertuduh selepas Mahkamah Tinggi memerintahkannya untuk membela diri, adalah penafian kosong semata-mata.

Responden dalam pembelaannya menyatakan tidak nampak kumpulan basikal di tempat kemalangan dan ada kenderaan lain yang melanggar basikal mangsa sebelum melarikan diri. Namun, versi ini tidak pernah ditimbulkan responden ketika kes pendakwaan.

Hakim juga merumuskan bahawa responden telah dibuktikan memandu keretanya secara berbahaya sehingga mengorbankan lapan nyawa.

Remaja yang maut ialah Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14; Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14; Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16; Fauzan Halmijan, 13; Mohamad Azhar Amir, 16; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14; Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14; dan Haizad Kasrin, 16, manakala empat parah, dan empat lagi turut cedera dirempuh kereta tertuduh.

Seterusnya dalam penghakiman penuh itu lagi, responden dalam pembelaannya juga gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah atas pendakwaan.

Cubalah lihat rakaman foto kejadian pada awal pagi itu apabila kereta tertuduh terbalik sehingga ke-empat-empat tayarnya mengadap langit.

Walau apapun persepsi yang dibangkitkan terhadap remaja yang beraktiviti dengan basikal lajak pada awal pagi itu, responden tiada hak untuk menyebabkan kematian mereka, apatah lagi memandu secara bahaya.

Tanpa mahu menggangu keputusan mahkamah, bagi sesiapa yang mempunyai pengalaman memandu, hanya ada dua kemungkinan apabila melihat pada foto selepas tragedi, sama ada pemandu telah memandu dengan laju melulu, atau mungkin pemandu mabok.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: