NAZRI AZIZ LABEL WAN SAIFUL SEBAGAI BANGANG

Editorial

24 Dis 2021
Isu bantuan kepada mangsa banjir telah menjadi ‘blame game’ atau gejala menuding jari terhadap pemimpin politik.

Sebagaimana biasa pemimpin parti yang tidak sebulu dengan DS Ismail Sabri akan menghalakan kelemahan operasi sistem bantuan kepada mangsa banjir baik di Selangor mahupun di negeri-negeri lain kepada Perdana Menteri.

Hakikatnya negara sudah mempunyai jentera yang bertanggungjawab, tetapi disebabkan kelekaan masing-masing kerana sesetengahnya baru diberikan tanggungjawab, mereka menjadi gelabah, malah tidak tahu apakah tugas hakiki pada jawatan yang diberikan.

Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan, yang merupakan perancang utama manifesto PH pada PRU14 yang dianggap sebagai ‘hancing’, kini cuba menangguk di air keruh kerana cuba merendahkan Perdana Menteri Ismail Sabri berhubung pengurusan bencana.

Tindakan Wan Saiful itu dikritik keras oleh DS Nazri TS Aziz yang melabelkannya sebagai ‘bangang’ kerana tidak tahu dan tidak faham tentang struktur JPM dalam hal menguruskan bencana.

Rakyat pun faham, adakah semua micro managemnet dalam jentera kerajaan harus dipikul oleh PM?

Dalam hal pengurusan bencana negara telah menubuhkan NADMA iaitu Agensi Pengurusan bencana Negara yang diterajui oleh Dr Abdul Latif yang juga merupakan pemimpin Bersatu.

Dalam satu kenyataan akhbar, Nazri membidas Wan Saiful,“Kita tak ada TPM jadi kuasa berkenaan terletak dalam bidang kuasa Menteri Tugas-tugas Khas (Abdul Latiff Ahmad) yang menerajui NADMA. Latiff ini daripada Bersatu. Dia ini Menteri Bersatu.”

Nazri menyelar kenyataan Saiful, yang mahu PM Ismail Sabri lebih aktif mengetuai penyelarasan operasi bantuan banjir.

Wan Saiful mendakwa, tanggungjawab utama membantu rakyat mestilah diletakkan atas bahu Perdana Menteri; dan penyelarasan antara agensi untuk memastikan proses penyampaian bantuan lebih tersusun paling penting, dengan adanya jawatankuasa khas yang dipengerusikan Perdana Menteri.

Kenyataan Wan Saiful itu yang masih berhingus dalam politik, disangkal oleh Nazri Aziz.

“Kalau tak tahu, tak payah cakap, jangan nak memperbodohkan diri. Ini hanya untuk serang Perdana Menteri sahaja,” katanya.

Nazri yang jauh lebih berpengalaman sebagai menteri sebelumnya berkata beliau tahu selok-belok hal ini kerana pernah menguruskan Majlis Keselamatan Negara selama sembilan tahun.

Nazri berkata bahawa dia lebih tahu kerana dia pernah menjawat jawatan Menteri yang menguruskan MKN selama sembilan tahun. Ia bukannya tanggungjawab yang dipikulkan ke bahu Perdana Menteri.

Lantas Nazri melabelkan Wan Saiful sebagai bangang, kerana orang yang bertanggungjawab ialah Dr Latiff yang telah mengeluarkan kenyataan yang amat bercanggah dengan portfolionya.

Ada yang mendesak agar kerajaan memecat Dr Latif yang mengetuai Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), kerana mengeluarkan kenyataan bahawa agensi itu hanya menguruskan pampasan kepada mangsa dan tidak terlibat dalam pengurusan banjir sangat mengecewakan.

Hakikatnya rakyat tahu NADMA adalah agensi peneraju pengurusan bencana yang mengatur semua gerakan dan mengkoordinasi semua pihak yang terlibat dalam pengurusan bencana.

Demikianlah gelagat pemimpin Bersatu, dan mereka adalah sebahagian daripada kerajaan PH yang telah memporak-perandakan negara selama 22 bulan mereka berkuasa.

Jika dahulunya ada pemimpin yang melabelkan pemimpin PH sebagai ‘bodoh’ dan dijenamakan sebagai kerajaan kakistokrasi, maka tidak hairanlah jika Nazri melabelkan Wan Saiful sebagai ‘bangang’.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: