Editorial
23 Dis 2021
Ketika kerajaan sedang bertungkus lumus bertindak dengan apa jua jentera dan aset negara untuk membantu mangsa banjir, ketika inilah segelintir ahli politik cuba menjadi ‘juara rakyat.’
Lihat sahaja bagaimana Presiden PKR, Anwar Ibrahim yang petah bercakap ‘berdegar-degar tapi tahi tersangkut di gelegar’ sebagaimana disiarkan oleh Malaysiakini.

Jika sekiranya Anwar merujuk kepada keadaan di Selangor maka Anwar harus bertanya siapakah yang memerintah Selangor?
Rakyat juga masih ingat bagaimana Lim Guan Eng, sekutu sehidup-semati Anwar yang kini amat lantang menghentamnya, menangis merayu bantuan kerajaan BN membantu Pulau Pinang ketika banjir melanda pada Nov 2017.

Hakikatnya kerajaan telah menggerakkan pelbagai pihak untuk membantu mangsa banjir terutama di negeri kerajaan PKR, Selangor.
Tetapi dengan kelemahan kerajaan negeri keadaan jentera telah menjadi amat tidak selari kerana selama ini sememangnya kerajaan PKR tidak mahu bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan.
Namun pemimpin oportunis seperti Anwar tidak mahu melihat keadaan di Pahang yang dikatakan jauh lebih terkesan daripada Selangor, tetapi keadaan bantuan kecemasan dan penyelamatan amat teratur dan berkesan.
Sebagaimana dilaporkan oleh Utusan Online, PM Ismail Sabri telahpun mengarahkan supaya semua jentera terutamanya NADMA supaya bertindak dan menyelaraskan tindakan dan kerjasama dengan wakil rakyat untuk membantu mangsa banjir.

Namun heboh di medsos kehilangan ahli parlimen Ulu Langat, lantas membantut protokol tertentu dalam proses bantuan dan keselamatan.

Anwar perlu juga fahami bagaimana sistem perhubungan jalan raya terputus di sana-sini, kecuali negara mempunyai jenteri amfibia yang boleh bergerak di darat dan di atas air untuk pantas membantu.
Malah terdapat Pusat Pemindahan Sementara yang telah dinaiki air kerana bencana alam ini bukanlah kelemahan sistem tetapi sesuatu yang datang daripada fenomena alam sebagaimana yang dihadapi oleh Kelantan saban tahun.
Persoalan penting yang perlu Anwar jawab ialah, “apakah yang telah dilakukan oleh PKR untuk membantu rakyat yang sedang menderita itu?”
Terdapat banyak portal yang mempersoalkan, apakah tindakan Anwar dahulu ketika negara sekeliling menutup pintu untuk pelancong China kerana pandemik Covid19 bermula di sana, sebaliknya PH yang mendominasi kerajaan PKR terus membuka pintu?
Malah pemimpin utama PH menyindir pula di mana hendak diletakkan pelancong China itu “di kandang lembu?”

Anwar sememangnya bijak bercakap, tetapi ibarat tin kosong dan janji palsu.
Kerana bijaknya dia bercakap, PKR kalah teruk di PRN Melaka dan PRN Sarawak tanpa memenangi satu kerusi DUN pun.
Kalau banyak bercakap, Anwar tidak membantu menyurutkan air banjir sebaliknya menambah lagi kebanjiran dengan air liur basinya.
****
Tinggalkan Jawapan