Wan Saiful, yang terkenal setelah terbangkit polemik di seluruh negara tentang manifesto yang disusunnya tidak lebih daripada pembohongan dan janji palsu, kini diheret ke mahkamah kerana kes rasuah yang membabitkan program Jana Wibawa (Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa). Wan Saiful, dilaporkan ditahan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pada malam 20 Feb 2023. Lantas, nampaknya bertambahlah kluster mahkamah, serta spesis perompak baharu yang lebih tulen dalam isu rasuah negara.
VIDEO – SYED SADDIQ MAHU RAKYAT PILIH BN SEMULA DAN BUANG PH
Semasa kempen PRU14, bertarikh 10 Ogos 2018, Syed Saddiq yang ketika itu menyandang jawatan Ketua Pemuda PPBM (Bersatu) telah dengan ego dan sombongnya mengatakan bahawa “Kalau Tun Mahathir Mohamad, DS Anwar Ibrahim, TS Muhyiddin Yassin, Rafizi Ramli, DS Mohamed Azmin Ali termasuk saya gagal menunaikan janji, buanglah kami dan pilihlah BN.” Dengan kehendak Allah setelah PH memerintah dengan lintang-pukang, huru-hara dan kacau-bilau, PH sememangnya telah terbukti gagal menguruskan negara dengan baik, dan diterjemahkan sebagai gagal menunaikan janji manifesto mereka. Lantas, sebagai pemimpin yang ada integriti maka Syed Saddiq yang kini berhadapan dengan kes salah guna kuasa dan penggubahan wang haram, baiklah mengundur diri, dan biarkanlah BN memerintah semula sebagaimana yang telah dimintanya.
JANGAN CAKAP BANYAK ‘SAI FOOL’, DESAKLAH ABAH KAU SUPAYA TEKAN BUTANG!
Sungguh aneh ketika penghujung penggal Parlimen ke-14, apatah lagi sewaktu rakyat sedang riuh di sana-sini membicarakan tentang relevannya PRU15 diadakan segera, Wan Saiful masih merengek-rengek dengan isu menuntut jawatan TPM dan jawatan Menteri yang lain. Hakikatnya di tengah-tengah kemelut ekonomi dan kenaikan harga barang, amatlah relevan sekiranya DS Ismail Sabri tidak melayan kehendak golongan gila kuasa yang bagaikan anjing dubuk yang pelahap tidak kira waktu.
LUCU BANGAT BILA RAKAN POLITIK PUJI WAN SAIFUL SETARAF PROF UNGKU AZIZ DALAM PTPTN, SEDANGKAN AHLI LEMBAGA PENGARAH LABEL WAN SAIFUL SEBAGAI ‘GENDANG KOSONG’
Editorial 17 Julai 2022 Perekacipta manifesto songsang PH yang juga merupakan Ketua Penerangan PPBM, Wan Saiful Wan Jan mendapat merit yang hebat apabila pemikirannya ditanggapi sebagai setaraf dengan Prof DiRaja Ungku Aziz oleh Ketua Armada Puchong, Fahmi Muhsin Ismail. Entah apa sasaunya penarafan sedemikian kerana apa yang rakyat lihat tanggapan sedemikian hanya mencemarkan nama baik... Continue Reading →
PEREKACIPTA MANIFESTO ‘KERTAS TISU TANDAS’ PH NYANYOK DALAM USIA MUDA
Wan Saiful usahlah bercakap tentang ‘kleptokrat’ dan ‘kluster mahkamah’, sedangkan pemimpin ikonik PPBM, Muhyiddin Yassin juga sedang dalam radar SPRM dengan pendedahan saksi daripada UKSB yang telah menerima rasuah RM1.3 juta. Hendaklah diingat bahawa kes 1BestariNet, dan perbelanjaan dana RM600 bilion ketika PN berkuasa juga kini menjadi tekanan terhadap Muhyiddin dalam survival politiknya yang sedang menuju penghujung jalan. Kini gabungan parti PN terkial-kial bertekak sama ada mahu menggunakan logo PN atau logo PAS semasa PRU15 nanti. Kenapakah tidak sahaja menggunakan logo PPBM supaya Wan Saiful mahupun Muhyiddin Yassin sedar hakikat penerimaan rakyat terhadap parti cicak yang menjadikan negara amat tidak stabil?