VIDEO – MUSANG KING PEMBUNUH RAKYAT BALING

Musim akan berganti, namun bencana alam dengan hujan lebat sebagaimana yang berlaku pada 4 Julai itu pasti akan berulang kembali setelah sungai penuh dengan mendapan dan aliran air deras kawasan gunung meluru ke hilir kerana tanah sudah tergondol. Sampai bilakah rakyat akan terus menanggung kesengsaraan sedemikian dengan kematian yang menyanyat hati?

BENARKAH ZAFRUL KOMITED MEMBELA RAKYAT YANG SEDANG MENDERITA AKIBAT PELBAGAI BENCANA?

Zafrul lebih dilihat sebagai golongan aristokrat dan ‘menteri pintu belakang’ yang dilantik oleh Presiden parti Bersatu yang paling singkat berkuasa sebagai Perdana Menteri iaitu TS Muhyiddin Yassin. Dia datang daripada keluarga kaya yang tidak pernah merasai penderitaan rakyat dari aspek tekanan ekonomi, kemelaratan, kemiskinan dan kelaparan. Pada jiwa rakyat mereka mahu Menteri Kewangan menguruskan kewangan negara tanpa mengetepikan pembelaan terhadap rakyat, lebih-lebih lagi golongan rendah. Rakyat mahu Menteri Kewangan memahami dan empati terhadap penderitaan mereka dan dengan itu tidak sahaja mengutamakan golongan kapitalis dan borjois, tetapi juga golongan marhaen yang sesetengahnya tercungap-cungap mencari sesuap nasi di tengah-tengah gejala Covid19 dan bencana banjir.

KE MANA PERGINYA PROJEK TEBATAN BANJIR YANG PERNAH PH CANANGKAN PADA 2012?

Nampak sangat PH hanya mementingkan keuntungan kewangan semata-mata tanpa memberi perhatian kepada keselamatan rakyat. Tanpa projek tebatan banjir, kerajaan negeri dan pemaju tidak perlu membelanjakan duit yang banyak lantas, keuntungan kepada kerajaan negeri juga akan bertambah. Sebaliknya rakyat Selangor terpaksa berhadapan dengan banjir kilat yang berterusan sebagaimana yang dialami sekarang dengan kematian yang mencecah 50 orang.

KERAJAAN BN MULAKAN PROJEK TEBATAN BANJIR DI SELANGOR TETAPI KERAJAAN PH SELANGOR TELAH BATALKAN

Kesengsaraan rakyat Selangor rupa-rupanya berpunca dari kerajaan PH Selangor yang telah membatalkan projek tebatan air yang dimulakan semasa pentadbiran BN di Selangor dengan alasan ianya tidak memberi manfaat besar bagi Selangor. Rakyat Selangor tidak akan lupa perkara ini.

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: