Editorial
25 Dis 2021
Iklan Lazada, Alibaba dan Aneka Home menunjukkan bahawa harga water jet (pemancut air tekanan tinggi) hanyalah sekitar RM199-RM566 sahaja tetapi Pemuda Amanah mahu bantuan RM1000 seunit.

Nampak sangat mereka cuba menangguk di air keruh untuk menjadi lintah darat yang sesungguhnya amat tidak amanah.
Tiadalah alasan lain yang boleh mewajarkan bantuan RM1k seunit itu kecuali mahu membeli water jet yang berkualiti kononnya.

Sesiapa yang pernah membeli water jet yang bernilai RM200 sebagaimana yang tergambar dalam iklan Aneka Home, akan dapat menjadi pemberi ‘testimonial’ bahawa water jet tersebut masih tahan digunakan meskipun sudah 2 atau 3 tahun digunakan.
Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil mempersoalkan ‘water jet’ jenis apa yang mereka hendak beli itu?

Utusan melaporkan 3 hari lalu, jumlah keluarga yang menjadi mangsa banjir adalah 24,000 yang secara puratanya 70,000 mangsa banjir di selangor dan Pahang, belum lagi melibatkan negeri Kelantan.
Katakanlah sekiranya diserahkan kepada Pemuda Amanah maka mereka akan menjarah RM24 juta untuk membeli 24,000 unit water jet kualiti tinggi sebagaimana ditunjukkan dalam iklan Alibaba, sedangkan harga permulaan ialah RM566 sahaja, dan belum lagi harga tawaran sekiranya dibeli secara pukal.
Katakan harganya hanyalah RM500, maka Pemuda Amanah akan mencekik RM12 juta.

Kata Isham, dia sendiri pun ada water jet yang berjenama dan berkualiti yang dibeli dengan harga RM300-RM400 sahaja dan sudah banyak kali digunakan dan masih baik sehingga sekarang.
Pemuda Amanah harus ingat bahawa banjir bukan datang sepanjang tahun, setiap bulan.
Keadaan buruk di Sri Muda Selangor adalah fenomena yang pernah melanda pada 1971, bermakna ia berlaku dalam tempoh 50 tahun sekali.

Kata Iisham lagi sebagai bekas Pengerusi Sukarelawan Malaysia dia pernah beberapa kali membantu kerja pembersihan semasa banjir di Kelantan dan Pahang. Pihak yang membantu perlu usaha lebih dan bukan menangguk di air keruh untuk memohon bajet yang melampau perbelanjaan sebenar.
Artis veteran tanah air, Fauziah Nawi juga tegur harga water jet RM1000 sebagaimana promosi Pemuda Amanah untuk mendapatkan sumbangan daripada orang ramai.
Pelakon veteran itu tertanya-tanya sama ada betul atau tidak harga water jet mencecah ribuan ringgit begitu.

Nampak sangat Pemuda Amanah cuba merompak dengan cara yang dilihat tidak melanggar undang-undang tetapi amat tidak bermoral.
******
Tinggalkan Jawapan