BALA ORDINAN DARURAT MUHYIDDIN KEPADA KADAR INFLASI NEGARA SEMASA

Editorial

30 Nov 2021

Malaysia merupakan satu-satunya negara yang secara rasmi jatuh ke status kemelesetan teknikal ekonomi bagi suku ketiga tahun 2021, berbanding negara jiran yang lain.

Malaysia telah mencatatkan kadar kemelesetan ekonomi sebanyak 4.5 peratus, yang menurut DS Najib ia adalah akibat kesan pelaksanaan ordinan darurat dan menggantung Parlimen ketika pentadbiran Muhyiddin Yassin.

Berbanding dengan negara jiran, Malaysia satu-satunya negara yang jatuh secara rasmi ke status kemelesetan teknikal ekonomi pada ketika ini sebagaimana ditunjukkan oleh data graf Business Times.

Kemelesetan teknikal ekonomi adalah merujuk kepada penguncupan dua suku tahunan berturut-turut.

KDNK Malaysia bagi 2021 Malaysia mencatatkan pertumbuhan 3.5 peratus, Singapura 6.5 peratus, Filipina 7.1 peratus, Thailand menurun sebanyak 0.3 peratus, manakala pada suku ketiga Malaysia mengalami penurunan 4.5 peratus.

Inilah bencana yang disebabkan oleh pelaksanaan Ordinan Darurat yang bukan sahaja menggantung sidang parlimen dengan alasan dangkal untuk melawan pandemik Covid19, tetapi memberi kesan sampingan yang amat buruk kepada ekonomi negara.

Lebih daripada itu, Ordinan Darurat yang dilaksanakan oleh pentadbiran Muhyiddn diterjemahkan sebagai satu muslihat untuk menyelamatkan kuasanya sebagai PM.

Persepsi tersebut menjadi realiti apabila Malaysia adalah satu-satunya negara di dunia yang melaksanakan Ordinan Darurat, sedangkan ia langsung tidak memberi kesan kepada usaha melawan pandemik Covid19.

Bukan itu sahaja, pelaksanaan ‘total lockdown’ atau sekatan pergerakan penuh pentadbiran Muhyiddin untuk menyekat penularan pandemik Covid19 dilihat sebagai sekatan ‘separuh masak’, tidak serius dan olang-oleng yang telah menyebabkan kadar jangkitan terus meningkat.

Malahan pada Jun lalu, Malaysia telah mencatatkan kadar jangkitan antara 10 tertinggi di dunia mengikut kadar per juta penduduk.

Dengan jelas ia menunjukkan kegagalan pentadbiran Muhyiddin dan Ordinan Darurat hanyalah satu muslihat mempertahankan kuasanya dan kelemahan pentadbirannya.

Di tengah-tengah pelaksanaan Ordinan Darurat, Muhyiddin tetap membelanjakan RM600 bilion duit negara, dengan sangkaan rakyat Ordinan Darurat itu akan dapat mempertahankan perbelanjaan negara.

Bukan itu sahaja, ‘total lockdown’ yang olang-oleng dan separuh masak itu dilihat sebagai ‘total lockdown’ yang paling alam berbanding dengan mana-mana negara di dunia.

‘Total lockdown’ separuh masak itu telah membangkitkan kritikan rakyat apabila kluster tempat kerja terutamanya perkilangan menjadi pusat penyerebakan Covid19 yang diterjemahkan sebagai tindakan kerajaan yang tunduk kepada tuntutan kapitalis.

Akibat ‘total lockdown’ separuh masak yang berpanjangan dan paling lama di dunia, ia telah membawa bencana dan bala kepada ekonomi rakyat terutamanya peniaga kecil.

Inflasi tetap meningkat naik, harga barang-barang juga naik melambung akibat lockdown separuh masak tersebut dan sehingga hari ini, isu kenaikan harga keperluan harian menjadi beban kepada kerajaan baharu DS Ismail Sabri yang mengambil alih pemerintahan ‘gagal’ Muhyiddin.

Beberapa hari ini kenaikan harga barang keperluan dapur seperti minyak, sayur-sayuran, daging, ikan, ayam, telur dan pelbagai lagi, seperti di luar kawalan pihak yang bertanggungjawab sehingga kenaikan meningkat kepada 200%.

Kini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Alexander Nanta Linggi dijadikan kambing hitam akibat kegenjotan pentadbiran Muhyiddin Yassin.

Ia menjadi lebih panas, apabila Alexander tanpa selidik mengatakan bahawa kenaikan harga barang adalah ‘normal’.

Kesan teknikal ekonomi itu kini yang mengakibatkan inflasi yang teruk, menjadi bala kepada rakyat kelas bawahan dan menengah.

Penganalisis ekonomi pula melihat kadar muflis dalam kalangan rakyat meningkat dan menjangkakan ia akan menjadi lebih parah menjelangnya 2022.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: