Inilah bencana yang disebabkan oleh pelaksanaan Ordinan Darurat yang bukan sahaja menggantung sidang parlimen dengan alasan dangkal untuk melawan pandemik Covid19, tetapi memberi kesan sampingan yang amat buruk kepada ekonomi negara.
HARGA BARANG KEPERLUAN NAIK MELAMBUNG, MENTERI BERTANGGUNGJAWAB DENGAN KPI RENDAH HENDAKLAH LETAK JAWATAN
Apa sudah jadi dengan kad laporan menteri bagi membuktikan prestasi kerja mereka pada tahap yang telah ditetapkan. Tidakkah PM telah memberi amaran tindakan akan diambil sekiranya prestasi tidak melepasi KPI berkenaan. Jangan ulangi kerajaan PH yang telah menunjukkan prestasi yang amat buruk dalam sejarah apabila PM tua yang lemah dipergunakan dan diperbodohkan wewenangnya.