HANYA KERAJAAN YANG KUKUH DAN KUAT BOLEH MEMULIHKAN DASAR MAHATHIR YANG TELAH MEROSAKKAN EKONOMI NEGARA -PAKAR KEWANGAN

Dasar yang kukuh diperlukan untuk membetulkan kesilapan dan kepincangan yang telah dilakukan oleh pentadbiran Dr Mahathir Mohamad, kata Pengurus Dana Antarabangsa Tan Teng Boo. Beliau berkata dasar Mahathir pada 1980-an dan ketika beliau mentadbir kerajaan Pakatan Harapan 2018-2020 telah merosakkan ekonomi negara. "Mengapa Malaysia sebagai negara pasaran kecil pada masa itu, fikir bahawa negara memerlukan polisi kereta nasional sedangkan negara mempunyai keutamaan lain?" katanya dalam satu temu bual.

KES BMF SEPERTI BERULANG APABILA SYARIKAT JUDI GENTING HK MUFLIS

Pihak media telah melaporkan tiga bank Malaysia, Malayan Banking Berhad (Maybank), Kumpulan CIMB Berhad dan RHB Bank Berhad yang dijangka mengalami kerugian USD600 juta atau RM2.51 bilion ekoran Genting Hong Kong yang diisytihar muflis. Jika prosedur pinjaman tanpa cagaran ini biasa bagi bank, sebagaimana jawapan Zafrul, ia pastinya melingkupkan institusi kewangan negara. Status muflis Genting Hong Kong, seakan-akan mengulangi skandal BMF ketika Tun Mahathir berkuasa, sehingga menyebabkan kematian akauntan BMF, Allahyarham Jalil Ibrahim yang dibunuh di Hong Kong.

PROTON ERA MAHATHIR ADALAH LIABILITI KEPADA NEGARA

Sungguh jelek kerana tiada mana-mana negara pengeluar kereta di dunia seperti Jepun cuba mereka cipta model dengan berkonsepkan huruf ‘J’ atau German dengan ‘G’. Dari tahun 1984 hingga 2017 kerajaan terpaksa dan telah menyuntik dana sebanyak RM15.3 bilion untuk selamatkan Proton. Untuk tahun 2016 sahaja, kerajaan terpaksa menyuntik sebanyak RM1.25 bilion untuk Proton bayar hutang kepada vendor yang membekalkan komponen kereta-kereta keluaran Proton.

DS NAJIB DIBERIKAN PENGIKTIRAFAN PENERAJU EKONOMI MESKIPUN DIHIMPIT DENGAN PELBAGAI FITNAH DAN PENGANIAYAAN

Jemputan tersebut adalah satu kontradiksi kepada segala tuduhan dan fitnah ke atas beliau yang dilihat telah berjaya mengangkat ekonomi Malaysia kepada kedua terbaik di Asia selepas China. Ia juga merupakan satu tamparan kepada pihak yang telah merencanakan konspirasi politik untuk membunuh kerjaya politik Najib. Diharapkan tiada sesiapa yang akan dikejarkan ke IJN selepas forum WCEF 2021 ini.

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: