Pihak sekongkol TS Muhyiddin Yassin tidak mahu menerima hakikat bahawa Perikatan Nasional (PN) telah gagal membela nasib dan ekonomi rakyat kerana perhitungan mereka yang lebih ghairah mementingkan kuasa dan kedudukan. Malahan ada penganalisis yang berani mengatakan bahawa PN di bawah Muhyiddin telah menipu rakyat dan DYMM Agong dalam isu pelaksanaan Ordinan Darurat.
BALA ORDINAN DARURAT MUHYIDDIN KEPADA KADAR INFLASI NEGARA SEMASA
Inilah bencana yang disebabkan oleh pelaksanaan Ordinan Darurat yang bukan sahaja menggantung sidang parlimen dengan alasan dangkal untuk melawan pandemik Covid19, tetapi memberi kesan sampingan yang amat buruk kepada ekonomi negara.
VIDEO – RAKYAT DIPERDAYA APABILA ORDINAN DARURAT DIBATALKAN TANPA WARTA
Sewajarnya pembatalan Ordinan Darurat 2021 hendaklah dimaklumkan secara rasmi dan diwartakan supaya rakyat tahu tentang tindakan undang-undang ke atas mereka apabila mereka didapati melanggar ordinan tersebut. Menurut penggiat undang-undang Tuan Haniff Khatri, dengan pembatalan Ordinan Darurat 2021, kerajaan PN secara automatisnya kehilangan kuasa eksekutifnya dalam hal mengurus tadbir negara. Dengan itu juga, pembatalan Ordinan Darurat 2021 telah mewujudkan krisis perlembagaan dan negara tidak mempunyai kerajaan untuk mengurus tadbir negara dari 21 Julai hingga 1 Ogos (1 Ogos adalah tarikh yang diwartakan).