DAP SUDAH KEMBALI SERANG MAHATHIR

Editorial

14 Okt 2021

Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, YB P. Ramasamy dan beberapa pemimpin DAP yang lain, seperti Ramkarpal Singh, sudah mula menunjukkan kebencian mereka terhadap Mahathir, sebagai pemimpin paling rasis dan pemecah-belah perpaduan kaum di Malaysia.

Blog Ketemok Konsider telah menyiarkan kritikan pedas YB P. Ramasamy terhadap Mahathir, seakan-akan dia baharu sedar, siapakah Mahathir sebenarnya.

YB Ramkarpal Singh juga telah menyatakan kekesalannya bekerjasama dengan Mahathir setelah PH tumbang akibat peletakan jawatan Mahathir.

Ramasamy mengkritik keras Mahathir apabila dia tidak setuju dengan konsep asimilasi kaum di Malaysia yang disarankan Mahathir, sedangkan selama ini pendekatan yang kerajaan gunakan ialah integrasi nasional dan bukannya asimilasi.

Integrasi nasional adalah suatu hubungan antarkaum dalam urusan hidup harian sebagai manifestasi kepada penerimaan mereka terhadap peranan dan kerjasama masing-masing mengikut pertimbangan sivik tertentu dan bukannya menukar identiti etnik masing-masing sebagaimana berlaku dalam proses asimilasi.

Kita boleh lihat asimilasi kaum Baba Nyonya di Melaka dan Peranakan India di Pulau Pinang atau etnik Arab, Jawa, Banjar, Minangkabau yang tidak lagi dibezakan dengan kaum Melayu.

Ramasamy membidas Mahathir kerana kenyataannya yang menyesali bahawa setiap kaum di Malaysia tidak melalui proses asimilasi tetapi tetap terus menjaga identiti mereka yang berbeza.

Bagi Ramasamy itulah sebab mengapa partinya Pejuang dilihat bertopengkan bangsa Melayu untuk bersaing dengan parti-parti Melayu lain seperti UMNO dan PAS.

Mahathir tidak mahu penglibatan pelbagai kaum kerana ia akan membawa musibah kepada masa depan parti barunya Pejuang, yang ditubuhkan baru-baru ini setelah Mahathir dipecat dari Bersatu.

Ramasamy menolak model ‘perikatan’ UMNO, MCA dan MIC kerana ia tidak tuntas mengintegrasi pelbagai etnik di Malaysia dan masih bersifat perkauman, dan ia menjadi kuasa hegemoni UMNO yang berdiri sebagai parti dominan.

Lantas Ramasamy menempelak Mahathir kerana dia berpeluang untuk mengubah model sedemikian, tetapi Mahathir tidak melakukannya. Kini Mahathir menyalahkan rakyat kerana mereka ingin mengekalkan identiti yang terpisah dan menghalang asimilasi.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Gelugur Ramkarpal Singh mendakwa Mahathirlah yang bertanggungjawab mencetuskan keadaan tidak stabil dan kerosakan yang dialami negara waktu ini, dan Ramkarpal menyesal telah bekerjasama dengan Mahathir sebelum ini.

Ramkarpal turut menganggap ahli Parlimen Langkawi itu sebagai tidak layak menjadi Perdana Menteri buat kali ke-3 selepas meletak jawatan pada Februari lalu dengan mendakwa dia tidak mempunyai sokongan lagi.

Rakyat sudah tertipu dengan helah, muslihat dan permainan Mahathir, adakah rakyat masih mahu ditipu lagi?

Ramkarpal juga mendakwa, veteran politik itu telah merosakkan sistem kehakiman dan memenjarakan ramai orang dengan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

“Saya menyesal bekerjasama dengan kamu. Kamulah yang menyebabkan negara menjadi seperti sekarang. Kamulah menjadi punca mengapa negara memerlukan perubahan,” tegas Ramkarpal.

Sungguh melucukan dan menyakitkan hati apabila Tun Mahathir menubuhkan parti Pejuang kononnya untuk menggantikan TS Muhyiddin Yassin sebagai PM.

Tempoh hari, Ramasamy juga telah membangkitkan isu penularan video semburit Azmin Ali, seakan-akan dia percaya bahawa Mahathir berada di belakang skandal tersebut.

Ramasamy menyimpulkan bahawa penularan video semburit berkenaan adalah satu manifestasi untuk memberikan gambaran  bahawa pemimpin PKR adalah tidak berkemampuan untuk mentadbir negara.

Pandangan Ramasamy yang sedemikian pastinya kerana kepentingan politik peribadi Mahathir, dasar halus kronisme, nepotisme serta kolusi, dan tidak semudah bagi dirinya untuk menurunkan kuasanya kepada Anwar.

Ramasamy juga pernah menggesa supaya PKR membangkitkan gerakan untuk menentang Mahathir.

Apatah lagi Anwar pernah berjanji kepada penyokong Reformasi 1998 dahulu bahawa dia akan mengheret anak-anak Mahathir ke mahkamah atas tuduhan kekayaan yang melampau dan salah guna kuasa Mahathir selama 22 tahun menjadi PM.

Malah semua pemimpin PH atau PR sebelumnya mahu Mahathir diheret ke muka pengadilan termasuk mendiang Karpal Singh, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Mat Sabu, Rafizi Ramli, Wan Azizah dan Anwar sendiri.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: