Lantas Ramasamy menempelak Mahathir kerana dia berpeluang untuk mengubah model sedemikian, tetapi Mahathir tidak melakukannya. Kini Mahathir menyalahkan rakyat kerana mereka ingin mengekalkan identiti yang terpisah yang menghalang asimilasi. Sebelum ini, Ahli Parlimen Gelugur Ramkarpal Singh mendakwa Mahathirlah yang bertanggungjawab mencetuskan keadaan tidak stabil dan kerosakan yang dialami negara waktu ini, dan Ramkarpal menyesal telah bekerjasama dengan Mahathir sebelum ini.