VIDEO – KE MANA MENGALIRNYA AIR MATA UMMAH PADA 14 SEPT 2019?

Editorial

16 Oktober 2021

Adakah air mata yang mengalir pada 14 Sept 2019 di PWTC adalah merupakan ‘air mata buaya’, sebagaimana bidalan Inggeris ‘crocodile tears’ atau ‘air mata keling’ dalam bidalan Melayu sebagaimana terungkap dalam Sulalatus Salatin?

Adakah ribuan rakyat Melayu-Islam yang turut hadir pada hari itu hanya menonton satu lagi opera Cina lakonan politikus yang kononnya berdiri bersama panji Islam dan pembela hak serta keistimewaan Melayu serta Raja-Rajanya?

Cuma apa yang rakyat tahu Muhyiddin Yassin Presiden Bersatu dan Tun Mahathir Pengerusi Bersatu, Presiden PKR Anwar Ibrahim, apatah lagi Presiden Amanah yang merupakan penganut Syiah, tiada bersama di situ.

Malahan sebelumnya pada 8 Disember 2018, kira-kira 2 juta umat Islam berhimpun di kotaraya Kuala Lumpur untuk menentang ICERD yang mahu diratifikasi PH pimpinan Mahathir.

Jika ia diratifikasikan, bencananya akan membawa kepada hilangnya kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi, dan hilangnya keistimewaan kaum Melayu-Bumiputera, sebagaimana telah diperuntukan dalam Perlembagaan.

Ketika perhimpunan anti-ICERD itu juga tiada Muhyiddin, tiada Mahathir, tiada Anwar dan tiada Mat Sabu.

Hari ini nampaknya ada yang mahu bersekongkol dengan Bersatu, yang sebelum ini tidak mempedulikan langsung panji-panji Islam, serta kedudukan Raja-Raja Melayu, malah mahu bersama-sama dengan kafir harbi untuk melihat kehancuran UMNO dan Melayu, dan mereka menterjemahkan PAS hanyalah parti yang mempergunakan Islam untuk mendapatkan sokongan survival politik.

Kelahiran Bersatu, tidak lain hanyalah untuk menggantikan UMNO, sebagaimana yang diterjemahkan daripada hasrat Pengerusinya, Tun Mahathir yang mahu UMNO ‘dikuburkan.’

Lantas ke manakah mengalirnya air mata umat Islam pada 14 Sept 2019 yang terhambur di dewan PWTC apabila mereka menjadi saksi penyatuan umat Islam dalam UMNO dan PAS yang telah bermusuhan selama puluhan tahun?

Kononnya itulah saat yang paling bersejarah yang telah memecahkan tembok pemusuhan UMNO-PAS serta persepsi genjot kafir-mengkafir sedangkan kafir harbi dipuja, dijulang dan cuba diubah perwatakannya sebagai mesra-Islam.

Sekarang setelah PH yang didominasi DAP hanya mampu berkuasa selama 22 bulan, Allah SWT telah mendedahkan siapakah mereka sebenarnya, yang rakus saling tak tumpah seperti mereka menenangi 12 kerusi DUN, manakala Perikatan memenangi 13 Dun di Selangor pada 1969.

Walaupun mereka kalah mereka sanggup menghalau YAB Datok Harun Idris, Menteri Besar Selangor, supaya keluar dari Selangor, seakan-akan mereka telah menang.

Samalah juga perwatakan mereka dengan PKM selama dua minggu pada ketika setelah tamatnya Perang Dunia Kedua sebelum British kembali ke Tanah Melayu untuk menandatangani pengisytiharan kemerdekaan.

Pasca Perang Dunia Kedua itu telah menyaksikan ramai kaum Melayu dibunuh dengan alasan semasa pendudukan Jepun, kaum Melayu tidak mahu menyokong gerakan gerila PKM.

Tapi anehnya golongan yang menggunakan Islam sebagai simbol perjuangan politik mereka, sanggup bersekongkol dengan bangsa DAP dan mengkafirkan golongan yang mengucap dua kalimah syahadah dalam UMNO.

Kemudian setelah mereka diperbodohkan oleh bangsa kafir harbi itu, mereka seperti tersedar daripada mamai, atau juga mungkin kerana ada pemimpin mereka yang telah kembali ke pangkuan Ilahi.

Hari ini adakah peristiwa itu akan berulang kembali melalui Bersatu, yang tidak pernah menyokong perhimpunan ICERD apatahlah penyatuan ummah yang seterusnya membawa kepada Muafakat Nasional?

Tidakkah pada tujuh PRK di Semenyih, Rantau, Chini, Tanjung Piai, Kimanis, Cameron Highlands dan Slim River merupakan hasil Muafakat Nasional yang tulen, tanpa Muhyiddin tanpa Mahathir tanpa Anwar, tanpa Mat Sabu, apatah lagi kafir harbi yang mahu melihat umat Islam-Melayu terlingkup?

Lantas ke manakah mengalirnya air mata umat Islam pada 14 Sept 2019 itu?

Adakah air mata itu telah hanyut ke longkang dan kemudiannya hanyut ke Sungai Kelang yang busuk itu?

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: